UPU yang terbaik pencapaian di DUN Kota semasa
PRU-13 ialah UPU Pekan Kota yang memperolehi 40.69 peratus undi iaitu 542 orang
mengundi PAS di sini manakala 790 orang mengundi BN.
Walaubagaimanapun dari segi kemeriahan UPU
semasa kempen PRU-13 di DUN Kota ialah UPU Kg Sawah Raja. UPU ini mendapat
tempat ke 2 selepas Pekan Kota dari segi majoriti undi diperolehi iaitu 32.63
peratus dan tempat pertama di DUN Kota untuk jumlah majoriti paling sedikit
iaitu 115 pengundi.
Suasana hari pengundian pada 5 Mei 2013 di
UPU Kg Sawah Raja adalah umpamakan satu pesta yang meriah. Para petugas
dihidangkan dengan makan tengahari kari kambing.
Malahan semasa kempen PRU-13 , UPU Kg Sawah
Raja telah dua kali mengadakan majlis kenduri rakyat dan ceramah perdana.
Tahniah kepada para petugas Pakatan Rakyat
di UPU Kg Sawah Raja yang diketuai oleh veteran PAS , Tn Hj Mohd Noh.
Tahniah juga kepada semua petugas Pakatan Rakyat di DUN Kota yang berjaya meningkatkan jumlah undi berbanding PRU-12.
Terbaekkkkkkkkkkk !!!!!!
BalasPadamhttp://bintongan.blogspot.com/
mantap.. teruskan usaha untuk menjatuhkan pemimpin yang korup dan tidak amanah..
BalasPadamKg gadong ado 78 org undi PR..poning kepalo dak kery..agak2 ee sapo agak ee..bila time meeting ameno sumo ee datang..yg den tau omak ngan abah den ajo..sapo pulak yg lain2 tu..
BalasPadam