PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 18 Mei 2013

Petugas Pakatan Rakyat DUN Kota bersemangat bersedia PRU-14 dan PRK










Rembau 18 Mei 2013 – Majlis meraikan petugas PRU-13 DUN Kota hari ini berlangsung dalam suasana santai dan meriah. Para petugas telah datang bersama seisi keluarga, pasangan suami isteri dan anak-anak.

Apa yang memeranjatkan ialah para petugas DUN Kota ini lebih bersemangat lagi untuk menghadapi PRU-14 atau sebarang kemungkinan PRK. Ini adalah kerana semasa kempen PRU-13 ramai muka-muka baru telah tampil untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen terutamanya golongan pemuda dan wanita.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Norazman Mohamad (Ketua Penerangan PAS N.Sembilan) , Hj Radzali A Ghani (calon PKR Parlimen Rembau), Hj Ghazali Mohd Shom (calon PAS DUN Kota), Yusuf Tapar (Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau), Rozmal Malakan (TYDP PAS Rembau), Pn Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau) dan Hakki (Ketua Pemuda PAS Rembau).

Turut diadakan ialah majlis penyampaian anugerah kepada UPU iaitu UPU Pekan Kota (UPU Terbaik), UPU Kg Sawah Raja (UPU Cemerlang) dan UPU Kg Penajis (UPU Harapan) disamping anugerah khas kepada veteran PAS DUN Kota Tn Hj Harun yang merupakan Bendahari PAS DUN Kota yang berusia 72 tahun tetapi masih gigih berkempen sejak beberapa petugas di DUN Kota ini masih di buaian lagi atau masih belum dilahirkan lagi.

Tabung Pilihanraya PRU-13 PAS DUN Kota juga telah dilancarkan pada malam tadi.

Antara beberapa program yang akan diadakan selepas ini ialah Kuliah Umum Bulanan, Usrah Muslimat Bulanan, Ceramah Berkala, Aktiviti Riadah, Gotong Royong dan beberapa program lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan