PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 11 Mei 2013

Kejayaan Besar PAS DUN Kota , Parlimen Rembau semasa kempen PRU-13


Walaupun PAS DUN Kota belum memenangi lagi kerusi DUN Kota termasuk dalam PRU-13 namun terdapat beberapa peningkatan ketara berbanding beberapa pilihanraya yang lalu. Akan tetapi salah satu kejayaan PAS di DUN Kota yang paling besar, ialah kejayaan calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom yang berjaya mengajak anak-anak muda yang menyokong Pakatan Rakyat untuk solat jemaah di masjid.

Menurut Hj Ghazali dalam hari pertama kempen beliau, terdapat ramai anak-anak muda yang membantu beliau berkempen. Ada antara anak muda ini yang memakai seluar pendek. Apabila masuk waktu solat, Hj Ghazali akan berhenti di masjid untuk solat, namun beliau tidak berkata apa-apa kepada anak-anak muda yang berseluar pendek ini. Keesokan harinya pula, tanpa disuruh, anak-anak muda yang berseluar pendek sebelum ini, memakai seluar panjang.

Apabila Hj Ghazali berhenti untuk solat jemaah di masjid, anak-anak muda ini pun turut serta.

Pada hari ketiga kempen pula, anak-anak muda ini tadi pula yang mengingatkan Hj Ghazali , bila pula hendak singgah masjid untuk solat.

Begitu mudah sekali dibuka oleh Allah swt jalan-jalan dakwah.

“Solat Didahulukan, Allah Diutamakan”

Senarai 24 masjid kariah yang cantik-cantik di DUN Kota yang sudah molek dari segi pembangunan fizikal, tetapi perlu diceriakan dengan solat jemaah dan majlis ilmu oleh semua umat Islam di DUN Kota tanpa mengira parti apa sekali pun di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/calon-pas-dun-kota-ajak-umat-islam.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan