PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 12 Mei 2013

Tahniah Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, Rembau


Antara maklumat terkini mengenai kempen PRU-13 di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah jentera PAS di UPU Kg Chengkau Ulu telah mendapat maklumat dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu mengenai arahan dari pihak tertentu agar Pemuda Umno di Kg Chengkau Ulu menurunkan dan membuang bendera-bendera PAS semasa kempen PRU-13 yang baru berlalu.

Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu yang mendapat tawaran wang ringgit untuk menurunkan bendera PAS tersebut memberitahu kepada yang memberi tawaran tersebut yang mereka hanya mengambil upah untuk menaikkan bendera BN, tetapi tidak akan menerima tawaran untuk menurunkan bendera PAS.

Yang memberi tawaran tersebut memberitahu kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, kalau mereka tidak mahu menurunkan bendera PAS, dia akan memberi tawaran tersebut kepada orang luar.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dalam Parlimen Rembau, walaupun duduk di kampung, tetapi mereka faham maksud sebenar demokrasi.

Pihak pimpinan atasan terutamanya media tidak perlulah nak menggembar gemburkan isu perpaduan parti PAS dan UMNO. Cukuplah pihak media ini , terutamanya bekas Timbalan Presiden PAS yang merupakan anak jati DUN Kota ini, belajar dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dan jentera PAS Kg Chengkau Ulu bagaimana mereka hormat menghormati antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan