Rembau 2 Mei 2013 – Sambutan
orang-orang kampung terhadap program anjuran Pakatan Rakyat khususnya
di DUN Kota dalam siri kempen PRU-13 kali ini adalah sesuatu yang
tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa. Ini adalah kerana PAS pada
awalnya tidak menjangkakan akan dapat menang di DUN Kota memandangkan
, DUN Kota mempunyai lebih kurang 90 peratus pengundi Melayu dan
sebelum ini calon PAS yang bertanding di sini tewas dengan majoriti
yang banyak.
Manusia merancang, Allah jua merancang.
Sambutan orang-orang kampung dalam program Kenduri Rakyat malam tadi
adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, memandangkan pimpinan Pakatan
Rakyat yang hadir bukanlah dari nama-nama terkenal seperti Anwar
Ibrahim, Tok Guru Hj Hadi, Md Sabu atau Lim Kit Siang. Malahan
penceramah yang hadir pun ramai petugas Pakatan Rakyat setempat pun
tidak kenal sebelum ini.
Tirai kempen PRU-13 hampir dilabuhkan.
Tidak semua orang-orang kampung calon PAS dan PKR serta petugas
Pakatan Rakyat mampu berjumpa. Tidak semua masjid-masjid kariah di
DUN Kota dan DUN Chembong ini mampu dimakmurkan sepenuhnya oleh calon
dan petugas Pakatan Rakyat dalam tempoh kempen yang singkat ini.
Walau apa pun keputusan PRU-13 nanti di
DUN Kota dan DUN Chembong, usaha penerangan, usaha dakwah, usaha
kebajikan akan terus dilakukan, memandangkan orang-orang kampung yang
ditemui termasuk dari orang-orang Umno meletakkan harapan yang besar
untuk PAS dan PKR menang di Rembau, khususnya di DUN Kota dan DUN
Chembong.
Telah banyak keluhan mereka sebelum ini
tidak sampai ke peringkat tertinggi pimpinan negara, terutamanya
masalah pampasan tanah, masalah pembangunan tanah adat, masalah
perumahan untuk orang-orang kampung.
Mereka, orang-orang kampung yang selama
ini , sejak sekian lama menyokong Umno, hanya dijanjikan dengan
pelbagai projek yang masih lagi belum dibina seperti Hospital Rembau,
UiTM Rembau, Landasan Pesawat Ringan Rembau, Hotel Antarabangsa
Rembau dan sebagainya.
Sesungguhnya kemenangan PAS di DUN Kota
dan di DUN Chembong, adalah untuk manafaat orang-orang kampung di
kawasan ini, tidak kiralah mereka ini penyokong Umno, PAS, PKR atau
atas pagar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan