PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 15 Mei 2013

Ahli PAS dan UMNO di Rembau tunjuk jalan perpaduan


Rembau 15 Mei 2013 – Satu berita yang agak mengejutkan semasa perjumpaan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau malam tadi. Seorang Ketua UPU di sebuah kampung di DUN Kota mengatakan kampung mereka tengah panas sekarang ini. Semua yang hadir terkejut, ingatkan apa yang panas, ada ugutan terhadap ahli PAS ke dan sebagainya.

Diberitahu kampung mereka sedang panas kerana masjid kariah di tempat mereka Imam 1 yang ahli UMNO, Bilal pun ahli UMNO malahan semua AJK yang ahli UMNO ingin meletakkan jawatan. Mereka ingin melantik Imam, Bilal dan AJK dari ahli PAS. Apa puncanya kenapa Imam, Bilal dan AJK bertindak demikian tidaklah ditanya lebih lanjut.

Apa yang diketahui ahli PAS dan pemuda PAS di kampung tersebut telah lama memakmurkan masjid di kampung tersebut dengan solat jemaah walaupun mereka tahu Imam, Bilal dan AJK masjid tersebut adalah ahli UMNO, kerana pada mereka solat jemaah di masjid dan memakmurkan masjid Allah adalah merupakan tanggungjawab seorang Islam tidak kira apa parti mereka.

Diharapkan semua ahli PAS, terutamanya para pemuda PAS di Negeri Sembilan sentiasa mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan solat jemaah dan menghadiri kuliah ilmu hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Kepada bekas Timbalan Presiden yang berasal dari DUN Kota, Rembau yang sentiasa menghebohkan mengenai perpaduan PAS dan UMNO dan juga ahli ISMA dengan slogan ISMA iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" belajar-belajar dari ahli PAS dan UMNO dari DUN Kota ini yang tidak tinggi ilmu agama mereka , tidak banyak berseminar dan beretorik, tetapi faham apa maksud sebenar perpaduan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Perpaduan PAS dan UMNO bermula dengan solat jemaah, bermula di masjid, bermula dalam kuliah ilmu, bukannya bermula di Utusan Malaysia dan TV3.

Masjid kariah mana di DUN Kota yang berlaku berita mengejut ini? Kita ada 24 masjid kariah di DUN Kota, bolehlah SB, pemimpin UMNO turun dari masjid ke masjid selepas ini, bukan untuk menyiasat, tapi untuk memakmurkan masjid-masjid di DUN Kota ini., terutama Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.

Teruskan mendapat berita semasa DUN Kota, Rembau di http://pas-n28-kota.blogspot.com

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (Q.S. Ali Imron ayat 103)

-surah al-Imran ayat 54; ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

1 ulasan:

  1. Baguslah kalau bersatu... tapi kena berhati2 bila bermain dgn API... dan ingat jerat tidak pernak lupakan pelandok... jangan kena patuk buat kesekian kalinya... berhati2 dan bertawakkal kepada Allah setelah segala langkah yg perlu diambil... ingat, atas muka bumi ni bukan puak israel saja yg memungkiri janji tapi amat banyak puak2 lain yg berperangai ala2 israel...

    BalasPadam