PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 28 Mei 2013

Sumbangan kerusi roda untuk mereka yang memerlukan




Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk keluarga yang memerlukan di parlimen Rembau. Ayah keluarga ini baru keluar dari hospital di mana amat memerlukan kerusi roda.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan kerusi roda untuk diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan sila hubungi Hj Roni 012-2268230

Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota.




Alhamdulillah, beberapa kampit beras yang telah terkumpul untuk Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota, Rembau untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Maklumat lanjut program ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/program-jejak-ukhuwwah-bulan-barokah.html

Isnin, 27 Mei 2013

Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota









Program JEJAK UKHUWWAH BULAN BAROKAH 1434 H peringkat DUN Kota dalam kawasan parlimen Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang 3 bulan yang diberkati serta menjelang bulan Ramadhan yang penuh barokah.

Program ini bermula pada bulan Rejab, Syaaban hinggalah ke akhir Ramadhan sejajar dengan hadith berkaitan dengan doa apabila masuknya bulan yang diberkati ini iaitu : “Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ini.

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar DUN Kota.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu tin, biskut , sardin dan sebagainya.

Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi :
Hj Roni 012-2268230
Sdr Izamri 013-2124086
Rozmal 012-2267406

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8 ,

atau :
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atau 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM80

*****************
Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan dengan Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)

Sabtu, 25 Mei 2013

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj DUN Kota


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Penceramah : Ustaz Muhammad Fuad, Naib Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : 31 Mei 2013, Jumaat
Masa : 7.00 mlm
Tempat : Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Aturcara :
- Solat Maghrib
- Ceramah
- Solat Isya
- Jamuan

Anjuran PAS DUN Kota

Sabtu, 18 Mei 2013

Petugas Pakatan Rakyat DUN Kota bersemangat bersedia PRU-14 dan PRK










Rembau 18 Mei 2013 – Majlis meraikan petugas PRU-13 DUN Kota hari ini berlangsung dalam suasana santai dan meriah. Para petugas telah datang bersama seisi keluarga, pasangan suami isteri dan anak-anak.

Apa yang memeranjatkan ialah para petugas DUN Kota ini lebih bersemangat lagi untuk menghadapi PRU-14 atau sebarang kemungkinan PRK. Ini adalah kerana semasa kempen PRU-13 ramai muka-muka baru telah tampil untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen terutamanya golongan pemuda dan wanita.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Norazman Mohamad (Ketua Penerangan PAS N.Sembilan) , Hj Radzali A Ghani (calon PKR Parlimen Rembau), Hj Ghazali Mohd Shom (calon PAS DUN Kota), Yusuf Tapar (Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau), Rozmal Malakan (TYDP PAS Rembau), Pn Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau) dan Hakki (Ketua Pemuda PAS Rembau).

Turut diadakan ialah majlis penyampaian anugerah kepada UPU iaitu UPU Pekan Kota (UPU Terbaik), UPU Kg Sawah Raja (UPU Cemerlang) dan UPU Kg Penajis (UPU Harapan) disamping anugerah khas kepada veteran PAS DUN Kota Tn Hj Harun yang merupakan Bendahari PAS DUN Kota yang berusia 72 tahun tetapi masih gigih berkempen sejak beberapa petugas di DUN Kota ini masih di buaian lagi atau masih belum dilahirkan lagi.

Tabung Pilihanraya PRU-13 PAS DUN Kota juga telah dilancarkan pada malam tadi.

Antara beberapa program yang akan diadakan selepas ini ialah Kuliah Umum Bulanan, Usrah Muslimat Bulanan, Ceramah Berkala, Aktiviti Riadah, Gotong Royong dan beberapa program lain.

Penubuhan Unit Amal PAS DUN Kota, Rembau


Semasa kempen PRU-13 di DUN Kota, Rembau apa yang memeranjatkan ialah penampilan begitu ramai tenaga pemuda yang membantu kempen Pakatan Rakyat termasuk beberapa bekas pemuda Umno.

Sehubungan dengan itu atas desakan suara pemuda DUN Kota ini sendiri mereka sedang merancang untuk menubuhkan Unit Amal PAS DUN Kota dengan kekuatan sekurang-kurangnya 50 orang anggota untuk melakukan tugas-tugas amal, gotong royong, kebajikan, riadah dan rekreasi.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk merealisasikan penubuhan Unit Amal PAS DUN Kota samada dalam bentuk sumbangan kewangan atau pakaian seragam Unit Amal bolehlah menghubungi Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com Sdr Izamri bin Med 013-2124086 atau sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam, Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU No Akaun : 05012010065457. atau ke akaun CIMB , No Akaun 05020693061526.


Rabu, 15 Mei 2013

Ahli PAS dan UMNO di Rembau tunjuk jalan perpaduan


Rembau 15 Mei 2013 – Satu berita yang agak mengejutkan semasa perjumpaan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau malam tadi. Seorang Ketua UPU di sebuah kampung di DUN Kota mengatakan kampung mereka tengah panas sekarang ini. Semua yang hadir terkejut, ingatkan apa yang panas, ada ugutan terhadap ahli PAS ke dan sebagainya.

Diberitahu kampung mereka sedang panas kerana masjid kariah di tempat mereka Imam 1 yang ahli UMNO, Bilal pun ahli UMNO malahan semua AJK yang ahli UMNO ingin meletakkan jawatan. Mereka ingin melantik Imam, Bilal dan AJK dari ahli PAS. Apa puncanya kenapa Imam, Bilal dan AJK bertindak demikian tidaklah ditanya lebih lanjut.

Apa yang diketahui ahli PAS dan pemuda PAS di kampung tersebut telah lama memakmurkan masjid di kampung tersebut dengan solat jemaah walaupun mereka tahu Imam, Bilal dan AJK masjid tersebut adalah ahli UMNO, kerana pada mereka solat jemaah di masjid dan memakmurkan masjid Allah adalah merupakan tanggungjawab seorang Islam tidak kira apa parti mereka.

Diharapkan semua ahli PAS, terutamanya para pemuda PAS di Negeri Sembilan sentiasa mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan solat jemaah dan menghadiri kuliah ilmu hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Kepada bekas Timbalan Presiden yang berasal dari DUN Kota, Rembau yang sentiasa menghebohkan mengenai perpaduan PAS dan UMNO dan juga ahli ISMA dengan slogan ISMA iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" belajar-belajar dari ahli PAS dan UMNO dari DUN Kota ini yang tidak tinggi ilmu agama mereka , tidak banyak berseminar dan beretorik, tetapi faham apa maksud sebenar perpaduan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Perpaduan PAS dan UMNO bermula dengan solat jemaah, bermula di masjid, bermula dalam kuliah ilmu, bukannya bermula di Utusan Malaysia dan TV3.

Masjid kariah mana di DUN Kota yang berlaku berita mengejut ini? Kita ada 24 masjid kariah di DUN Kota, bolehlah SB, pemimpin UMNO turun dari masjid ke masjid selepas ini, bukan untuk menyiasat, tapi untuk memakmurkan masjid-masjid di DUN Kota ini., terutama Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.

Teruskan mendapat berita semasa DUN Kota, Rembau di http://pas-n28-kota.blogspot.com

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (Q.S. Ali Imron ayat 103)

-surah al-Imran ayat 54; ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Selasa, 14 Mei 2013

MAJLIS RAI PETUGAS PAKATAN RAKYAT DUN KOTA




Majlis Meraikan Petugas Pakatan Rakyat DUN Kota dan Anugerah UPU Terbaik Keseluruhan, UPU Cemerlang dan UPU Harapan.
Tarikh : 18 Mei 2013 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau

Aturcara Majlis :
9.00 mlm - Ucapan Pengerusi Majlis
9.05 mlm - Ucapan Pengarah MTD DUN Kota
9.10 mlm - Ucapan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
9.40 mlm - Penyampaian Anugerah
9.50 mlm - Jamuan
10.30 mlm - Bersurai

Semua dijemput hadir

Ahad, 12 Mei 2013

Tahniah Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, Rembau


Antara maklumat terkini mengenai kempen PRU-13 di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah jentera PAS di UPU Kg Chengkau Ulu telah mendapat maklumat dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu mengenai arahan dari pihak tertentu agar Pemuda Umno di Kg Chengkau Ulu menurunkan dan membuang bendera-bendera PAS semasa kempen PRU-13 yang baru berlalu.

Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu yang mendapat tawaran wang ringgit untuk menurunkan bendera PAS tersebut memberitahu kepada yang memberi tawaran tersebut yang mereka hanya mengambil upah untuk menaikkan bendera BN, tetapi tidak akan menerima tawaran untuk menurunkan bendera PAS.

Yang memberi tawaran tersebut memberitahu kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, kalau mereka tidak mahu menurunkan bendera PAS, dia akan memberi tawaran tersebut kepada orang luar.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dalam Parlimen Rembau, walaupun duduk di kampung, tetapi mereka faham maksud sebenar demokrasi.

Pihak pimpinan atasan terutamanya media tidak perlulah nak menggembar gemburkan isu perpaduan parti PAS dan UMNO. Cukuplah pihak media ini , terutamanya bekas Timbalan Presiden PAS yang merupakan anak jati DUN Kota ini, belajar dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dan jentera PAS Kg Chengkau Ulu bagaimana mereka hormat menghormati antara satu sama lain.