SDA perlukan keprihatinan masyarakat
RUSILAH MD SOM
02 November 2017
REMBAU: Sekolah Dato' Abdullah (SDA) iaitu Sekolah Agama
Rakyat (SAR) yang terletak di pekan ini amat memerlukan keprihatinan banyak
pihak dalam kelangsungan usahanya di bidang pendidikan.
Pada ketika ini, SDA masih menghadapi kekangan peruntukan
untuk melestari pembangunan dan baik pulih segala kerosakan yang terdapat di
institusi pendidikan itu.
Sedangkan kewangannya hanya bergantung kepada peruntukan
tahunan SAR yang diterima berdasar jumlah pelajar iaitu RM60 bagi setiap
pelajar.
Dipimpin Pengetuanya, Fadilon Md Shah, SDA cuma terdiri
daripada 360 pelajar dan 14 guru dengan mengenakan yuran bulanan yang kecil
kepada setiap pelajarnya.
Atas motto "Beramal Kerana Allah, Berkhidmat Untuk
Kemanusiaan", Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sedaya upaya
membantu SDA.
Menerusi Timbalan Pengerusinya, Rozmal Malakan bersama
sukarelawannya, Ishak Omar dan Azamah
Awang telah menyampaikan sumbangan empat meja dan lapan bangku untuk kantin
SDA.
Terdahulu, Yayasan Amal telah melaksanakan beberapa siri
bantuan kepada SDA meliputi kerja-kerja memasang bidai, menggantikan dan
membaiki atap, pintu-pintu serta dinding bangunan, lampu semua kelas dan
lainnya.
Dalam majlis ringkas di kantin SDA, Pengetuanya benar-benar
mengharap pelbagai pihak membantu sekolah itu menjayakan hasrat menyediakan
persekitaran pembelajaran lebih kondusif.
Katanya, keprihatinan umum kepada SDA perlu dalam mencapai
matlamat melahirkan generasi al-Quran yang berjaya dari institusi pendidikan
tersebut.
Sebarang sumbangan boleh dihulurkan ke akaun CIMB Bank
8004351913 atas nama Sekolah Dato' Abdullah atau hubungi Fadilon di talian
011-2683 3861. –
HARAKAHDAILY 2/11/2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan