PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 12 November 2017

Negeri Sembilan boleh beri air percuma juga ke?




Negeri Sembilan boleh beri air percuma juga ke?

Bajet Kedah: Air percuma guna kurang RM10
13 November 2017

ALOR SETAR - Bajet Kedah 2018 membawa khabar gembira untuk rakyat negeri ini apabila kira-kira 38 peratus atau 221,000 pengguna domestik di negeri ini dijangka mendapat manfaat de­ngan pengecualian caj bekalan air bagi penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah memberitahu, kerajaan negeri akan menanggung kos pengguna domestik yang memiliki bil bulanan tidak melebihi RM10 yang dianggar berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.

Dalam pembentangan bajet itu, Ahmad Bashah mengumumkan beberapa insentif di bawah agenda Peduli Rakyat antaranya bantuan am kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 yang melibatkan 4,000 penerima dengan pembiayaan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta.

“Menerusi Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah, seramai 30,000 murid tahun satu yang memasuki alam persekolahan bagi sesi 2018 di semua sekolah rendah negeri ini akan diberi RM100 setiap seorang dalam bentuk simpanan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i),” ujarnya.

Menurut Ahmad Bashah, pemberian saguhati sebanyak RM500 kepada setiap jemaah haji dari Kedah diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM2.282 juta.

- Sebanyak RM5 juta diperuntuk bagi membaik pulih rumah-rumah golongan memerlukan sebagai langkah membangun hidup keluarga yang lebih kondusif.

- 20 buah pondok dan 64 maahad tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah menerima dana khas bersifat one off sebanyak RM10,000 dengan jumlah keseluruhan RM840,000.
- Kompleks Asnaf diwujudkan di tapak kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) lama di Taman Wira Mergong, Alor Setar dengan kos operasi RM20 juta.
- Pembukaan empat tapak khas food truck di Alor Setar, Jitra, Sungai Petani dan Kulim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan