Bagaimanakah nasib Kompleks Sukan Rembau yang bernilai RM27
juta nanti?
Kemudahan tidak dijaga, MPS diminta pantau kompleks sukan di
Seremban 2
15 November 2017
SEREMBAN 14- Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said yang
terletak di Seremban 2 di sini menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai
bersukan dan beriadah.
Kawasan itu sering dikunjungi sama ada pada sebelah pagi
atau malam kerana terdapat kolam renang, gelanggang badminton, skuasy, hoki,
gimnasium dan trek lumba.
Bagaimanapun, bagi kebanyakan pengunjung walaupun kompleks
itu beroperasi lengkap dengan kemudahan berkenaan namun terdapat beberapa aspek
yang perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab terutama dari segi
penyelenggaraan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan terbabit mendapati banyak
longgokan sampah serta pelepah daun kering dibuang di tempat yang tidak
sepatutnya.
Berdasarkan pemerhatian, banyak pokok bunga di sekeliling
kawasan itu tidak dijaga dengan sempurna.
Lebih mengejutkan sebaik memasuki pintu hadapan kompleks
berkenaan kelihatan sebuah pondok pengawal yang sudah rosak dan belum dibaik
pulih.
Berdasarkan pemerhatian, di dalam pondok itu terdapat
wayar-wayar yang berjuntai dan kelihatan terputus dipercayai akibat perbuatan
vandalisme.
Lebih membimbangkan jika wayar tersebut masih mempunyai arus
elektrik dan boleh membahayakan sesiapa sahaja.
Sementara itu, seorang pengunjung, Jenny Lee, 29, meluahkan
rasa kecewa kerana walaupun tempat tersebut beroperasi dengan baik tetapi
keadaan persekitaran tidak bersih.
“Contohnya ada beberapa bangku yang disediakan untuk orang
ramai beristirehat juga dibiarkan terbengkalai.
“Apa pandangan orang luar apabila mengunjungi ke tempat ini.
Mohon kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dapat menjaga tempat ini
sebaiknya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan