Misi membantu mereka yang memerlukan sekitar Parlimen Rembau
diteruskan pada 20 November 2017 oleh Tn Hj Ishak Omar bersama petugas lain
dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan dapur sekitar Kg Batu Hampar,
Kg Chenong, Chengkau, Kg Semerbok dan Kg Padang, Astana Raja.
PAS DUN KOTA
Selasa, 21 November 2017
Ahad, 19 November 2017
Khamis, 16 November 2017
Program tukar minyak hitam motosikal
Program tukar minyak hitam motosikal dan mentol lampu
motosikal secara percuma anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
telah berjalan dengan lancarnya di Bengkel Faiz di Kg Batang Nyamor, Rembau
pada 16 November 2017. Sebanyak 15 buah motosikal telah mendapat perkhidmatan
percuma tersebut. Disamping itu pihak Yayasan Amal juga telah memberi sumbangan
10 tiub tayar, 10 botol minyak hitam, 10 palam pencucuh dan 20 mentol lampu
kepada Faiz untuk dia memajukan lagi bengkel motosikalnya. Mereka yang ingin
mendapatkan perkhidmatan membaiki motosikal boleh menghubungi Faiz 0172594869
"Beramal kerana Allah"
Misi membantu beberapa keluarga yang memerlukan
Misi membantu beberapa keluarga yang memerlukan barangan
keperluan dapur serta keperluan lain diteruskan oleh Tn Hj Ishak Omar, Pn
Rusilah serta beberapa rakan yang lain pada 16 November 2017 di Kg Seperi
Pedas, Perkampungan Orang Asli Seperi, Rumah Rakyat Linggi, Kg Nerambai, Kg
Titian Bintangor, Kg Relong, Kg Jawa Kota, Lubok China, Kg Batang Nyamor dan Kg
Rincing Lama Pedas.
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
Rabu, 15 November 2017
Bagaimanakah nasib Kompleks Sukan Rembau yang bernilai RM27 juta nanti?
Bagaimanakah nasib Kompleks Sukan Rembau yang bernilai RM27
juta nanti?
Kemudahan tidak dijaga, MPS diminta pantau kompleks sukan di
Seremban 2
15 November 2017
SEREMBAN 14- Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said yang
terletak di Seremban 2 di sini menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai
bersukan dan beriadah.
Kawasan itu sering dikunjungi sama ada pada sebelah pagi
atau malam kerana terdapat kolam renang, gelanggang badminton, skuasy, hoki,
gimnasium dan trek lumba.
Bagaimanapun, bagi kebanyakan pengunjung walaupun kompleks
itu beroperasi lengkap dengan kemudahan berkenaan namun terdapat beberapa aspek
yang perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab terutama dari segi
penyelenggaraan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan terbabit mendapati banyak
longgokan sampah serta pelepah daun kering dibuang di tempat yang tidak
sepatutnya.
Berdasarkan pemerhatian, banyak pokok bunga di sekeliling
kawasan itu tidak dijaga dengan sempurna.
Lebih mengejutkan sebaik memasuki pintu hadapan kompleks
berkenaan kelihatan sebuah pondok pengawal yang sudah rosak dan belum dibaik
pulih.
Berdasarkan pemerhatian, di dalam pondok itu terdapat
wayar-wayar yang berjuntai dan kelihatan terputus dipercayai akibat perbuatan
vandalisme.
Lebih membimbangkan jika wayar tersebut masih mempunyai arus
elektrik dan boleh membahayakan sesiapa sahaja.
Sementara itu, seorang pengunjung, Jenny Lee, 29, meluahkan
rasa kecewa kerana walaupun tempat tersebut beroperasi dengan baik tetapi
keadaan persekitaran tidak bersih.
“Contohnya ada beberapa bangku yang disediakan untuk orang
ramai beristirehat juga dibiarkan terbengkalai.
“Apa pandangan orang luar apabila mengunjungi ke tempat ini.
Mohon kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dapat menjaga tempat ini
sebaiknya,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)