LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016
NEGERI SEMBILAN
19 Mei 2017
1. MAJLIS DAERAH REMBAU
Pembinaan dan Penyenggaraan Kemudahan Awam
- Pengauditan yang
dijalankan antara bulan September hingga Oktober 2016 mendapati bagi Majlis
Daerah Rembau, pembinaan dan penyenggaraan kemudahan awamnya adalah kurang
memuaskan kerana prestasi pembinaan kemudahan awam yang berjaya disiapkan
mengikut jadual hanya 25%.
Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian
seperti berikut:
i. PEMBINAAN KEMUDAHAN AWAM LEWAT DISIAPKAN BERBANDING
TEMPOH SIAP ASAL;
ii. KEMUDAHAN AWAM YANG DIBINA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI,
LUKISAN KONTRAK DAN AMALAN KEJURUTERAAN TERBAIK;
iii. KERJA PENYENGGARAAN TIDAK MENGIKUT STANDARD PIAWAIAN
UMUM;
iv. kemudahan awam yang rosak dan memerlukan penyenggaraan;
v. BAYARAN DIBUAT BAGI BARANGAN YANG TIDAK DIBEKALKAN;
2. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
SEMBILAN
Pengurusan Sewa Beli Rumah Awam Harga Rendah dan Penyewaan Perumahan
Rakyat
a. Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) menyediakan perumahan
kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar. Manakala
Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPR) adalah perumahan jenis pangsa yang
disewakan kepada golongan berpendapatan rendah yang layak.
Sehingga akhir tahun 2016, terdapat 125 projek RAHR yang
mengandungi 10,824 unit rumah dan empat projek PPR yang mengandungi 1,144 unit
rumah. Kesemua projek rumah di bawah skim RAHR dilaksanakan secara pinjaman
sewa beli dan empat projek rumah pangsa di bawah skim sewaan PPR.
b. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2016
hingga Januari 2017 mendapati pengurusan sewa beli RAHR dan sewaan PPR adalah KURANG
MEMUASKAN DARI SEGI PRESTASI KUTIPAN YANG TIDAK MENCAPAI SASARAN DITETAPKAN DAN
KERJA PENYENGGARAAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MELIPUTI KESELURUHAN kawasan RAHR
dan PPR.
Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di
bawah:
i. kutipan sewa beli RAHR dan sewaan PPR tidak mencapai
sasaran;
ii. tunggakan sewa PPR dan sewa beli RAHR meningkat;
iii. DEPOSIT YANG TELAH DIRAMPAS TIDAK DIAKAUNKAN SEBAGAI
HASIL KERAJAAN;
iv. DOKUMEN HAK MILIK BELUM DIKELUARKAN BAGI PEMILIK RAHR
YANG TELAH MENJELASKAN PINJAMAN SEWA BELI;
v. penyenggaraan dan pemantauan kawasan RAHR dan PPR tidak
dilaksanakan secara menyeluruh