PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 12 Mei 2013

Tahniah Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, Rembau


Antara maklumat terkini mengenai kempen PRU-13 di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah jentera PAS di UPU Kg Chengkau Ulu telah mendapat maklumat dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu mengenai arahan dari pihak tertentu agar Pemuda Umno di Kg Chengkau Ulu menurunkan dan membuang bendera-bendera PAS semasa kempen PRU-13 yang baru berlalu.

Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu yang mendapat tawaran wang ringgit untuk menurunkan bendera PAS tersebut memberitahu kepada yang memberi tawaran tersebut yang mereka hanya mengambil upah untuk menaikkan bendera BN, tetapi tidak akan menerima tawaran untuk menurunkan bendera PAS.

Yang memberi tawaran tersebut memberitahu kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, kalau mereka tidak mahu menurunkan bendera PAS, dia akan memberi tawaran tersebut kepada orang luar.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dalam Parlimen Rembau, walaupun duduk di kampung, tetapi mereka faham maksud sebenar demokrasi.

Pihak pimpinan atasan terutamanya media tidak perlulah nak menggembar gemburkan isu perpaduan parti PAS dan UMNO. Cukuplah pihak media ini , terutamanya bekas Timbalan Presiden PAS yang merupakan anak jati DUN Kota ini, belajar dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dan jentera PAS Kg Chengkau Ulu bagaimana mereka hormat menghormati antara satu sama lain.

Dua pengundi PAS di DUN Kota, Parlimen Rembau dipindahkan tempat mengundi


Kami dimaklumkan terdapat 2 kes pengundi PAS di DUN Kota yang nama mereka tiada dalam daftar pemilih di DUN Kota.

Kes pertama ialah sebelum ini 2004 dan 2008 dia telah mengundi di PDM Kg Gadong, DUN Kota, Parlimen Rembau, tapi masa 5 Mei 2013 , nama dia telah tiada dalam daftar pemilih SPR seluruh Malaysia.

Kes kedua ialah sebelum ini 2008 dia mengundi di Kg Gadong, namun semasa semakan hari mengundi 5 Mei 2013, nama beliau telah dipindahkan ke Alor Gajah, lalu dia bergegas ke Alor Gajah untuk mengundi di sana.

Sabtu, 11 Mei 2013

Kejayaan Besar PAS DUN Kota , Parlimen Rembau semasa kempen PRU-13


Walaupun PAS DUN Kota belum memenangi lagi kerusi DUN Kota termasuk dalam PRU-13 namun terdapat beberapa peningkatan ketara berbanding beberapa pilihanraya yang lalu. Akan tetapi salah satu kejayaan PAS di DUN Kota yang paling besar, ialah kejayaan calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom yang berjaya mengajak anak-anak muda yang menyokong Pakatan Rakyat untuk solat jemaah di masjid.

Menurut Hj Ghazali dalam hari pertama kempen beliau, terdapat ramai anak-anak muda yang membantu beliau berkempen. Ada antara anak muda ini yang memakai seluar pendek. Apabila masuk waktu solat, Hj Ghazali akan berhenti di masjid untuk solat, namun beliau tidak berkata apa-apa kepada anak-anak muda yang berseluar pendek ini. Keesokan harinya pula, tanpa disuruh, anak-anak muda yang berseluar pendek sebelum ini, memakai seluar panjang.

Apabila Hj Ghazali berhenti untuk solat jemaah di masjid, anak-anak muda ini pun turut serta.

Pada hari ketiga kempen pula, anak-anak muda ini tadi pula yang mengingatkan Hj Ghazali , bila pula hendak singgah masjid untuk solat.

Begitu mudah sekali dibuka oleh Allah swt jalan-jalan dakwah.

“Solat Didahulukan, Allah Diutamakan”

Senarai 24 masjid kariah yang cantik-cantik di DUN Kota yang sudah molek dari segi pembangunan fizikal, tetapi perlu diceriakan dengan solat jemaah dan majlis ilmu oleh semua umat Islam di DUN Kota tanpa mengira parti apa sekali pun di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/calon-pas-dun-kota-ajak-umat-islam.html

Rabu, 8 Mei 2013

UPU Kg Sawah Raja terbaik pencapaian PRU-13 di DUN Kota





Tahniah diucapkan kepada para petugas Pakatan Rakyat di UPU atau Daerah Mengundi di UPU Kg Sawah Raja di DUN Kota kerana UPU ini adalah yang terbaik dalam pencapaian perbezaan majoriti iaitu 115 undi dan yang kedua terbaik dalam peratus undi yang diperolehi iaitu 32.63 peratus antara 15 UPU yang terdapat di DUN Kota.

Walaubagaimana pun boleh dikatakan keseluruhan UPU mencatatkan peningkatan undi dan peratus undi , dimana undi PAS di DUN Kota bertambah sebanyak 464 undi berbanding PRU-12 dari 2,665 undi ke 3,129 undi.

Sekali lagi tahniah kepada semua petugas Pakatan Rakyat di semua 15 UPU di DUN Kota.

Hj Ghazali bin Mohd Shom
Calon PAS DUN Kota (Rembau) PRU-13 

UPU Kg Sawah Raja, Kota, Rembau paling meriah PRU-13






UPU yang terbaik pencapaian di DUN Kota semasa PRU-13 ialah UPU Pekan Kota yang memperolehi 40.69 peratus undi iaitu 542 orang mengundi PAS di sini manakala 790 orang mengundi BN.

Walaubagaimanapun dari segi kemeriahan UPU semasa kempen PRU-13 di DUN Kota ialah UPU Kg Sawah Raja. UPU ini mendapat tempat ke 2 selepas Pekan Kota dari segi majoriti undi diperolehi iaitu 32.63 peratus dan tempat pertama di DUN Kota untuk jumlah majoriti paling sedikit iaitu 115 pengundi.

Suasana hari pengundian pada 5 Mei 2013 di UPU Kg Sawah Raja adalah umpamakan satu pesta yang meriah. Para petugas dihidangkan dengan makan tengahari kari kambing.

Malahan semasa kempen PRU-13 , UPU Kg Sawah Raja telah dua kali mengadakan majlis kenduri rakyat dan ceramah perdana.

Tahniah kepada para petugas Pakatan Rakyat di UPU Kg Sawah Raja yang diketuai oleh veteran PAS , Tn Hj Mohd Noh. 

Tahniah juga kepada semua petugas Pakatan Rakyat di DUN Kota yang berjaya meningkatkan jumlah undi berbanding PRU-12. 

Isnin, 6 Mei 2013

Ucapan Pasca PRU-13 calon PAS DUN Kota




Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Semoga keredhaan Allah kita perolehi. Walaupun dari sudut dunia kita tewas, tapi insyaAllah disisi Islam kita telah menang.

Marilah kita menyusun dan menyatukan saf dan kita bersiap untuk perjuangan berikutnya.

Semoga Allah meredhai bantuan tuan/puan dan kita bersama.

Sampaikan salam saya salam saya untuk semua sahabat dan terima ksaih.

Takbir.

Hj Ghazali bin Mohd Shom
Calon PAS DUN Kota, N.Sembilan - PRU 13

Khamis, 2 Mei 2013

Kemenangan PAS di Rembau adalah untuk manafaat orang-orang kampung










Rembau 2 Mei 2013 – Sambutan orang-orang kampung terhadap program anjuran Pakatan Rakyat khususnya di DUN Kota dalam siri kempen PRU-13 kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa. Ini adalah kerana PAS pada awalnya tidak menjangkakan akan dapat menang di DUN Kota memandangkan , DUN Kota mempunyai lebih kurang 90 peratus pengundi Melayu dan sebelum ini calon PAS yang bertanding di sini tewas dengan majoriti yang banyak.

Manusia merancang, Allah jua merancang. Sambutan orang-orang kampung dalam program Kenduri Rakyat malam tadi adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bukanlah dari nama-nama terkenal seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Hj Hadi, Md Sabu atau Lim Kit Siang. Malahan penceramah yang hadir pun ramai petugas Pakatan Rakyat setempat pun tidak kenal sebelum ini.

Tirai kempen PRU-13 hampir dilabuhkan. Tidak semua orang-orang kampung calon PAS dan PKR serta petugas Pakatan Rakyat mampu berjumpa. Tidak semua masjid-masjid kariah di DUN Kota dan DUN Chembong ini mampu dimakmurkan sepenuhnya oleh calon dan petugas Pakatan Rakyat dalam tempoh kempen yang singkat ini.

Walau apa pun keputusan PRU-13 nanti di DUN Kota dan DUN Chembong, usaha penerangan, usaha dakwah, usaha kebajikan akan terus dilakukan, memandangkan orang-orang kampung yang ditemui termasuk dari orang-orang Umno meletakkan harapan yang besar untuk PAS dan PKR menang di Rembau, khususnya di DUN Kota dan DUN Chembong.

Telah banyak keluhan mereka sebelum ini tidak sampai ke peringkat tertinggi pimpinan negara, terutamanya masalah pampasan tanah, masalah pembangunan tanah adat, masalah perumahan untuk orang-orang kampung.

Mereka, orang-orang kampung yang selama ini , sejak sekian lama menyokong Umno, hanya dijanjikan dengan pelbagai projek yang masih lagi belum dibina seperti Hospital Rembau, UiTM Rembau, Landasan Pesawat Ringan Rembau, Hotel Antarabangsa Rembau dan sebagainya.

Sesungguhnya kemenangan PAS di DUN Kota dan di DUN Chembong, adalah untuk manafaat orang-orang kampung di kawasan ini, tidak kiralah mereka ini penyokong Umno, PAS, PKR atau atas pagar.

Rabu, 1 Mei 2013

Solat Didahulukan, Allah Diutamakan



Sesibuk mana sekali kita berkempen, sebagai orang Islam, apabila masuk waktu solat, hendak kita menyegerakan solat. Utamakan solat jemaah di masjid yang berhampiran. Calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom bersama petugas Pakatan Rakyat selesai solat berjemaah di Masjid Kariah Lubok China, Rembau.

KENDURI RAKYAT DAN CERAMAH KELOMPOK


KENDURI RAKYAT DAN CERAMAH KELOMPOK
Tarikh : 3 Mei 2013
Hari : Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Semerbok (DUN Kota), Rembau

Semua dijemput hadir

Pakatan Rakyat dampingi pengundi wanita usia emas di DUN Kota




Rembau 1 Mei 2013 – Jentera Pakatan Rakyat di DUN Kota kini giat menjalankan kempen rumah ke rumah , terutamanya di kalangan pengundi wanita usia emas, yang dikatakan sebelum ini sukar menerima kedatangan jentera Pakatan Rakyat.

Namun PRU-13 kali ini agak mengejutkan , apabila makcik-makcik yang berumur, yang diketahui sebelum ini menyokong BN, dan apabila didatangi perayu undi dari kalangan wanita Pakatan Rakyat mereka boleh menerima penerangan yang diberikan, dan ada yang mengatakan akan menyokong calon PAS dan PKR yang bertanding di DUN Kota dan Parlimen Rembau.

Apatah lagi makcik-makcik ini tinggal berjiran dengan kampung Khairy Jamaluddin , iaitu di Kg Batang Nyamur.

Sementara itu kehadiran jentera kempen Pakatan Rakyat di kalangan orang-orang Cina juga adalah amat menggalakkan di sini.

Apa yang membuatkan ramai pengundi di DUN Kota pada PRU-13 kali ini mengalu-alukan kedatangan jentera Pakatan Rakyat, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga PAS dan PKR dapat melakukan kejutan di DUN Kota dan Parlimen Rembau dalam PRU-13 ini dengan izin Allah.