Nasib dua beranak kemalangan dapat perhatian PAS
RUSILAH MD SOM
23 October 2017
REMBAU: Nasib ibu tunggal, Asmidah Ahmad dan anaknya, Siti
Mariam Zailani, 10 tahun yang terlibat dalam kemalangan motosikal telah
mendapat perhatian daripada PAS Dun Kota.
Simpati nasib dua beranak itu, Pengarah Pilihan Raya Dun
Kota, Ishak Omar bersama wakil Muslimat PAS Kawasan Rembau telah menziarahi
mereka di Hospital Tunku Jaafar, Seremban semalam.
Pada ziarah itu, pihak PAS telah menyerahkan sumbangan untuk
Asmidah dan anaknya yang baharu menjalani pembedahan setelah masing-masing
mengalami patah kaki dan tangan.
Ujian itu ternyata menjadi kehibaan kepada keluarga yang
merupakan penerima bulanan pencen RM600 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
dan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sedang motosikal digunakan itu menjadi pengangkutan penting
mereka, selain begitu bergantung hidup dari pendapatan kecil Asmidah yang
bekerja sebagai pembantu perniagaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan
simpati melalui sumbangan menerusi PAS Dun Kota dengan menghubungi 012-349 4042
(Ishak) atau 012-226 7406 (Rozmal). - HARAKAHDAILY 23/10/2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan