PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 19 Oktober 2017

Kurang modal punca enam hospital terbengkalai




Kurang modal punca enam hospital terbengkalai
20 Oktober 2017

Kekurangan modal dan pengalaman dikenal pasti sebagai punca kegagalan kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan enam hospital mengikut jadual ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, antara projek pembinaan hospital yang terbengkalai adalah di REMBAU, Negeri Sembilan; Bera, Pahang dan Cyberjaya.

“Proses pembinaan hospital yang tertangguh itu diteruskan dengan pemilihan kontraktor baharu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

“Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini dan telah mengambil tindakan tegas dengan menamatkan perkhidmatan kontraktor yang gagal melaksanakan kerja mengikut jadual selain melantik kontraktor baharu bagi memastikan semua projek tertangguh disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kira-kira 300 bungkusan kepada pesakit sempena sambutan Deepavali di Hospital Daerah Segamat di sini, semalam.

- Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan