PAS DUN KOTA
Ahad, 29 Oktober 2017
Kompleks Sukan Rembau
Semoga dengan siapnya nanti Kompleks Sukan yang bernilai RM27 juta akan menjadikan lebih ramai belia di Rembau ini rajin memajukan tanah adat yang terbiar di sini dengan industri pertanian, penternakan serta eko-pelancongan yang dapat merancakkan lagi ekonomi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan di daerah beradat ini.
Justeru akan menjadi pemangkin kepada para belia di Rembau
untuk mengimarahkan masjid kita yang lesu.
PAS di Negeri Sembilan santuni warga miskin
PAS di Negeri Sembilan santuni warga miskin - Wartawan Rakyat, Rusilah Md Som N18 Harakah 30 Oktober 2017
Sumbangan untuk keluarga di Kg Batang Nyamor, Rembau
Tn Hj Ishak Hj Omar mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Abdul Latif bin Abd
Ghani di Kg Batang Nyamor, Rembau pada 28 Oktober 2017.
Rabu, 25 Oktober 2017
Tumpang tidur di serambi rumah
Tumpang tidur di serambi rumah
26 Oktober 2017
REMBAU – Sepasang suami isteri termasuk tujuh anak reda dan
bersyukur dapat menumpang teduh dengan tinggal di serambi rumah pusaka keluarga
di Kampung Batang Nyamor, di sini, sejak awal tahun lalu.
Abdul Latif Abd Ghani, 46, berkata, sebelum ini mereka
sekeluarga menyewa rumah di perkampungan yang sama, namun disebabkan mengalami
masalah kewangan, mereka tidak mampu untuk membayar sewa sebanyak RM250
sebulan.
Menurutnya yang hanya bekerja kampung, dia akhirnya nekad
pulang ke rumah pusaka keluarga berusia lebih 50 tahun yang kini didiami
kakaknya sekeluarga.
“Mujur kakak bagi kami tinggal di sini walaupun hanya di
serambi rumah saja. Kakak juga ada keluarga dan anak-anak yang menetap bersama.
“Jadi, untuk ruangan saya, isteri dan anak-anak bermula dari
serambi ini. Saya juga tumpang bekalan air serta elektrik dari rumah kakak,”
katanya ketika ditemui Sinar Harian di Jalan Hulu Kampung Batang Nyamor,
baru-baru ini.
Abdul Latif berkata, dia kini tinggal bersama isterinya Nor
Juliana Alias, 37, bersama tujuh lagi anak berusia satu tahun hingga 16 tahun.
Ujarnya, dia belum pernah membuat permohonan rasmi kepada
JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) untuk memohon bantuan
rumah dan hanya menyatakan secara tidak rasmi sahaja.
Menurutnya, buat masa ini mereka sembilan beranak akan tidur
di serambi rumah dan menjadikan ruang di hadapan tangga serambi sebagai dapur.
“Tandas pula memang ada di luar rumah. Adik-beradik ada bagi
duit sikit-sikit tapi mereka juga seperti saya tak ada modal yang besar untuk
bina sebuah rumah.
“Jadinya saya hanya tanam tiang dulu dan sikit-sikit nak
buat rumah. Saya sangat berharap jika ada pihak sudi beri bantuan untuk saya
siapkan binaan rumah ini," katanya yang mempunyai lima anak perempuan dan
dua lelaki ini.
“Kalau rumah ini disiapkan dan dimasukkan air serta
elektrik, saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada semua yang
membantu,” katanya.
Ujarnya, dia juga menerima bantuan bulanan persekolahan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM350 sebulan bagi anak-anaknya
yang bersekolah.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Batang Nyamor, Syamsul
Azman Jaapa ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima permohonan
secara rasmi daripada Abdul Latif.
Bagaimanapun menurutnya, Abdul Latif boleh mengisi borang
permohonan rumah dan pihaknya akan mengetengahkan permohonan berkenaan kepada
agensi berkaitan.
Langgan:
Catatan (Atom)