PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 25 Januari 2014

36 sekolah di N.Sembilan bertahun-tahun beroperasi tanpa CF


26 Januari 2014 REMBAU - Kesal dan bimbang. Itulah perasaan diluahkan seorang bapa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Haji Adnan (Duha), Kota, di sini berikutan sekolah berkenaan didakwanya beroperasi tanpa sijil layak menduduki (CF).

Mohd Rafique Mohd Ali, 50, berkata, dia kecewa apabila bangunan sekolah yang menempatkan ratusan pelajar itu masih lagi belum memiliki CF sehingga ke hari ini.

Menurutnya, perkara berkenaan terbongkar pada 2005 apabila kejadian serpihan cermin tingkap laluan udara menimpa anaknya, Mohd Afiq Nazirul, 25, sehingga menerima 10 jahitan. Ketika itu anaknya berada di tingkatan tiga.

"Kejadian berlaku 10 tahun lalu. Saya pernah bertanya kepada pengetua adakah sekolah itu selamat. Sekiranya selamat, mengapa perkara seperti itu boleh berlaku.

"Setelah diasak, pengetua memberitahu sekolah itu dibuka untuk sesi pembelajaran walaupun masih belum mendapat CF," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK Duha, Abdul Ghani Zainudin berkata, sejak awal penubuhan sekolah itu, masalah ketiadaan CF memang sering dibangkitkan dalam mesyuarat PIBG.

“Malah, nasib 609 pelajar tingkatan satu hingga lima dan 50 orang guru yang berada di bangunan ini sentiasa tidak selamat sehingga isu CF ini diselesaikan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, bangunan berusia 10 tahun itu perlu dilakukan pendawaian semula, namun disebabkan tidak memiliki CF, kerja-kerja naik taraf itu tidak dapat dilakukan di sekolah berkenaan.

Difahamkan, di Negeri Sembilan, sebilangan bangunan di 36 sekolah masih tidak memiliki CF susulan projek pembinaan berkenaan dijalankan di bawah konsep kolsultansi pengurusan konsultan pengurusan projek (PMC).

Selasa, 7 Januari 2014

Rabu, 1 Januari 2014

Orang Islam walaupun tiada kerakyatan Malaysia patut dibantu


Persaudaraan Islam tidak mengenal batasan kerakyatan. Umat Islam yang menetap di Malaysia walaupun belum atau tidak mendapat kerakyatan Malaysia sepatutnya dibantu sama adilnya dengan rakyat tempatan sekiranya mereka ini miskin, daif dan memerlukan bantuan.

Sehubungan dengan itu Pertubuhan Anak Muda Islam (AMIR) sedang menjejaki keluarga yang miskin dan daif di Rembau termasuk mereka yang bukan rakyat tempatan, lebih-lebih lagi dengan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat tahun 2014 ini.

AMIR telah menjejaki satu keluarga miskin yang mempunyai 3 orang anak yang tidak bersekolah kerana tiada kerakyatan di DUN Kota yang memerlukan bantuan. Juga terdapat ibu tunggal dengan empat orang anak yang memerlukan bantuan kita.

Mereka yang ingin menyumbang sila salurkan ke akaun CIMB : 05010004140204 Muhammad Allif (Presiden AMIR)

Untuk PM atau maklumat lanjut di www.facebook.com/mynameispaan

Selasa, 17 Disember 2013

Rembau banyak kerbau bebas, membahayakan pengguna jalanraya




17 Disember 2013 - Kereta sepasang suami isteri remuk apabila mereka merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba muncul di Kilometer 29, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Batu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 malam itu, mangsa, Lim Ah Sai, 58, dan isterinya Kee Ai Cheang, 50, dalam perjalanan pulang dari Seremban menuju ke kediaman mereka di Taman Indah, Tampin.

“Keadaan jalan yang gelap menyukarkan saya melihat kerbau yang berwarna agak gelap melintas di jalan ini. 

"Saya harap agar binatang ternakan ini dapat diletakkan di dalam kandang kerana ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, malam kelmarin.

Ahad, 15 Disember 2013

Tidur tak lena setiap kali hujan


16 Disember 2013

REMBAU – Lima beranak di Kampung Kendong, dekat sini tidak dapat tidur lena setiap kali hujan lebat berikutan bimbang rumah mereka dinaiki air.

Halimah Moidin, 54, yang juga seorang ibu tunggal berkata, masalah berlaku apabila longkang di belakang rumahnya tidak menampung air yang datang dari pembinaan jalan baru di jalan utama Seremban - Tampin bagi projek pembinaan landasan kereta api berkembar.

Sejak dua bulan lalu, katanya, limpahan air itu juga menyebabkan tebing di belakang rumahnya runtuh sedikit demi sedikit sehingga menghampiri bahagian dapur rumah yang sudah diduduki sejak 20 tahun lalu.

"Bagi mengelakkan perkara tidak diingini, anak saya meletakkan zink di bahagian luar biliknya yang turut berada di bahagian belakang rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

“Anak saya bimbang dengan kemungkinan jika sedang tidur bahagian biliknya akan dihanyutkan. Jadi bila terdengar bunyi zink, dia dapat mengagak sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Halimah berkata, dia sekeluarga pasti akan berpindah ke bahagian hadapan rumah dan tidur di ruang tamu apabila hujan lebat serta mengintai ke bahagian belakang rumah yang sering banjir.

“Kalau tak hujan tiada apa yang perlu dibimbangkan tetapi jika hujan, kehidupan kami lima beranak sangat resah.

“Jadi kami sangat berharap pihak bertanggungjawab dapat meninjau masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Sebelum ini, jiran saya sudah memaklumkan masalah ini kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga hari ini tiada pihak yang datang melihatnya," katanya.



Rabu, 11 Disember 2013

PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH


PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH

Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau (DPPKR) mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menyumbang untuk “Program Bantuan Jom Ke Sekolah” untuk disalurkan kepada keluarga miskin serta anak-anak yatim di sekitar Parlimen Rembau menjelang sesi persekolahan 2014 nanti.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam :
Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN REMBAU (DPPKR).
No Akaun Bank Islam :  050-120-10065457

Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-6608271 (Farhan – DPPKR)

Selasa, 10 Disember 2013

Pasar Malam Kota di Rembau akan ditutup mulai Januari 2014?



Jika benar, tahniah kepada pengundi di DUN Kota dan Parlimen Rembau

Sumber dari Facebook www.facebook.com/PASN9

Assalamualaikum WM Wbr.,

Pagi ni saya pergi Pekan Kota dan ternampak kain rentang besar yang dipasang oleh pihak Majlis Daerah Rembau mengatakan bahawa Tapak Pasar Malam Kota akan ditutup mulai 1hb Januari 2014. Pekan Kota tidak akan ada lagi Pasar Malam, dan perkembangan ini amatlah mengecewekan, bukan sahaja kepada para peniaga Pasar Malam yang hampir 100% Melayu tetapi juga penduduk seluruh Mukim Kota ini.

Penutupan ini khabarnya dilakukan tanpa sebarang mesyuarat bersama para peniaga dan notis tiba-tiba sahaja dikeluarkan.

Ini adalah kerana Tapak Pasar Malam tersebut diadakan di lapangan kenderaan di hapan premis perniagaan mereka dan mengganggu kedatangan pelanggan ke kedai mereka. Ini tidak boleh diterima kerana Pasar Malam tersebut telah bertahun-tahun dijalankan di sana dan hanya diadakan dari jam 5 ptg sehingga jam 10 mlm hanya setiap hari Isnin, iaitu sekali sahaja seminggu.

Alasan yang didengari, ada peniaga tidak membayar sewa atau berlesen, jika ada yang tidak membayar sewa tapak atau tidak berlesen sekalipun kenapa tidak senarai hitamkan sahaja, kenapa pula semua dikenakan tindakan.

Alasan lain pula kerana berlaku kesesakan lalulintas di tepian jalan besar dan dikhuatiri berlaku kemalangan. Malangnya tidak ada lagi seperti itu.

Alasan demi alasan yang diberikan nampaknya tidak kukuh dan goyah. Minta semua pihak yang menyokong Pasar Malam diteruskan menyatakan sokongan, dan minta pihak atasan menyiasat perkara ini demi kebaikan para peniaga Melayu dan para penduduk sekeliannya.