PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 25 Januari 2014

36 sekolah di N.Sembilan bertahun-tahun beroperasi tanpa CF


26 Januari 2014 REMBAU - Kesal dan bimbang. Itulah perasaan diluahkan seorang bapa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Haji Adnan (Duha), Kota, di sini berikutan sekolah berkenaan didakwanya beroperasi tanpa sijil layak menduduki (CF).

Mohd Rafique Mohd Ali, 50, berkata, dia kecewa apabila bangunan sekolah yang menempatkan ratusan pelajar itu masih lagi belum memiliki CF sehingga ke hari ini.

Menurutnya, perkara berkenaan terbongkar pada 2005 apabila kejadian serpihan cermin tingkap laluan udara menimpa anaknya, Mohd Afiq Nazirul, 25, sehingga menerima 10 jahitan. Ketika itu anaknya berada di tingkatan tiga.

"Kejadian berlaku 10 tahun lalu. Saya pernah bertanya kepada pengetua adakah sekolah itu selamat. Sekiranya selamat, mengapa perkara seperti itu boleh berlaku.

"Setelah diasak, pengetua memberitahu sekolah itu dibuka untuk sesi pembelajaran walaupun masih belum mendapat CF," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK Duha, Abdul Ghani Zainudin berkata, sejak awal penubuhan sekolah itu, masalah ketiadaan CF memang sering dibangkitkan dalam mesyuarat PIBG.

“Malah, nasib 609 pelajar tingkatan satu hingga lima dan 50 orang guru yang berada di bangunan ini sentiasa tidak selamat sehingga isu CF ini diselesaikan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, bangunan berusia 10 tahun itu perlu dilakukan pendawaian semula, namun disebabkan tidak memiliki CF, kerja-kerja naik taraf itu tidak dapat dilakukan di sekolah berkenaan.

Difahamkan, di Negeri Sembilan, sebilangan bangunan di 36 sekolah masih tidak memiliki CF susulan projek pembinaan berkenaan dijalankan di bawah konsep kolsultansi pengurusan konsultan pengurusan projek (PMC).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan