PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 24 April 2013

Laman web PAS DUN Kota kini melebihi 8,000 pengunjung




24 Apr 2013 - Walaupun PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan DUN Kota sebagai sasaran utama untuk memenangi kerusi DUN tersebut dalam PRU ke 13 , namun laman sesawang PAS DUN Kota yang dilancarkan pada 3 April 2013 yang lalu, terus mendapat sambutan para pelayar internet dari seluruh dunia dengan jumlah capaian melebihi 8,000 pengunjung.

Jika sebelum ini laman ini dilayari oleh pelayar internet dari Malaysia, Amerika Syarikat, Rusia, Singapura, United Kingdom, Jerman, Arab Saudi, Brunei, Korea dan Jordan, kini ianya turut dilayari mereka dari Mesir dan Oman.

Laman web PAS DUN Kota, tiada isu-isu yang panas atau isu-isu sensasi, ianya hanya memaparkan isu-isu setempat yang diketengahkan oleh calon PAS DUN Kota iaitu Hj Ghazali Mohd Shom.

Teruskan memberi sokongan dengan mendapatkan berita-berita terkini PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) di http://pas-n28-kota.blogspot.com

Selasa, 23 April 2013

Jadual solat, ramah mesra, minum petang bersama calon PAS DUN Kota




1. Majlis Zikir bersama Ulama terkenal di DUN Kota 25 Apr 2013 (KHAMIS)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir ke Majlis Zikir bersama seorang ulama terkenal bukan sahaja di Negeri Sembilan, malahan di dunia Arab pada hari Khamis 25 Apr 2013 bermula solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid yang bersejarah di dearah ini. Semua muslimin dijemput hadir.
                     
2. Solat Jumaat bersama calon PAS DUN Kota 26 Apr 2013 (JUMAAT)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Pulau Mampat pada 26 Apr 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Asar, Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Pulau Besar atau Masjid Kariah Pulau Mampat.

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 6 ptg.

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Pulau Mampat pada Jumaat 26 Apr 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

3. Solat jemaah bersama calon PAS DUN Kota 27 Apr 2013 (SABTU)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Zuhur di Masjid Kariah Gadong dan solat Asar di Masjid Kariah Seberang Paya pada hari Sabtu 27 Apr 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Chengkau Ulu.

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 6 ptg.

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Chengkau Ulu pada Sabtu 27 Apr 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

4. Solat jemaah bersama calon PAS DUN Kota 28 Apr 2013 (AHAD)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Zuhur di Masjid Kariah Lubok China dan solat Asar di Masjid Kariah Sg Timun pada hari Ahad 28 Apr 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Kg Batu.  

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 4 ptg.

Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang akan diadakan pada Ahad 28 Apr 2013 jam 5 ptg di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Titian Bintangor, Lubok China, Rembau

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Penajis pada Ahad 28 Apr 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

4. Solat jemaah bersama calon PAS DUN Kota 1 Mei 2013 (RABU)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Zuhur di Masjid Kariah Kota dan solat Asar di Masjid Kariah Seri Kendong pada hari Rabu 1 Mei 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Legong Ulu  

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 4 ptg.

Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang akan diadakan pada Rabu 1Mei 2013 jam 5 ptg di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Seri Kendong.

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Legong Ulu (Rumah Undang Rembau ke 19) pada Rabu 1 Mei 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Layari laman web PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com  , laman web Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Solat jemaah bersama calon PAS di Kg Semerbok, 24 Apr 2013


Jom solat berjemaah Maghrib dan Isya bersama calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom di Masjid Kariah Kg Semerbok pada hari Rabu 24 April 2013.

Ceramah kelompok juga akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok pada hari Rabu 24 April 2013, jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Semua dijemput hadir

Layari laman web PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com , laman web Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Isnin, 22 April 2013

Ceramah Dato Hasan Din 28 Apr 2013 di Rembau




CERAMAH PERDANA
Tarikh : 28 April 2013, Ahad
Masa : 7 mlm (solat Maghrib berjemaah)
Tempat : Masjid Kariah Kg Batu, Rembau
Penceramah : Ustaz Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz 

Anjuran : Masjid Kariah Kg Batu

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Calon PAS DUN Kota ajak umat Islam solat jemaah



DUN Kota dalam Parlimen Rembau bukan sahaja antara DUN yang mempunyai tempat mengundi yang paling banyak iaitu sebanyak 15 UPU, malahan DUN Kota juga antara DUN yang mempunyai banyak masjid kariah, iaitu sebanyak 24 buah.

Sehubungan dengan itu calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom sering menunaikan solat jemaah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya di masjid-masjid yang banyak terdapat di DUN ini.

Berikut senarai masjid yang terdapat di DUN Kota :

1. Masjid Kariah Kota
2. Masjid Kariah Kampong Batu                   
3. Masjid Kariah Miku Lama
4. Masjid Kariah Selemak
5. Masjid Kariah Padang Lebar
6. Masjid Kariah Bongek
7. Masjid Jamek Tanah Datar
8. Masjid Kariah Pulau Besar
9. Masjid Kariah Pulau Mampat
10. Masjid Kariah Chengkau Ulu
11. Masjid Kariah Gadong                
12. Masjid Kariah Seberang Paya
13. Masjid Kariah Seri Kendong
14. Masjid Kariah Nerasau                
15. Masjid Kariah Penajis
16. Masjid Kariah Astana Raja
17. Masjid Kariah Sawah Raja
18. Masjid Kariah Kampong Semerbok         
19. Masjid Kariah Legong Ulu          
20. Masjid Kariah Lubuk China
21. Masjid Kariah Sungai Timun, Lubuk China
22. Masjid Kariah Kg. Panchang, Lubuk China
23. Masjid Kariah Titian Bintangor, Lubuk China
24. Masjid Kariah Titian Akar, Lubuk China, Lubuk China
















Rujukan :

Jom solat jemaah bersama calon PAS di Kg Selemak, Rembau 23 Apr 2013


Jom solat berjemaah Zuhur di Masjid Kg Selemak, solat Asar di Masjid Kg Padang Lebar, bersama calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom pada hari Selasa 23 April 2013.

Solat Maghrib dan Isya di Masjid Kg Batu.

Ceramah kelompok juga akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Selemak (depan Sekolah Kebangsaan Salak Nama) pada Selasa 23 April 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Semua dijemput hadir

Ahad, 21 April 2013

Projek perumahan di DUN Kota, Rembau terbengkalai sudah 8 tahun







Apa sudah jadi dengan projek perumahan Desa Indah di Lubok China, Rembau yang terbengkalai sejak tahun 2005 lagi? Projek ini terletak di UPU Kg Titian Bintangor, dengan pengundi yang paling ramai di DUN Kota dalam Parlimen Rembau iaitu hampir 2,000 orang pengundi, majoriti besarnya adalah merupakan penyokong Umno.

**************
Projek rumah Desa Indah terbengkalai

REMBAU 9 Nov. 2008 - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah tiga tahun terbengkalai.

Sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan.

Seorang pembeli lain, Anas Haiza Hamid, 28, memberitahu, sebanyak RM6,000 wang pendahuluan dibayar kepada pemaju untuk pembelian rumah kos rendah di projek perumahan tersebut.

Beliau berkata, jumlah itu agak besar kepadanya yang bekerja di sebuah kilang dekat Alor Gajah, Melaka dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

''Saya mengambil masa bertahun-tahun kumpulkan duit sebanyak RM6,000. Sudah tentu saya marah dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak pemaju," katanya.

**************
Rumah terbengkalai di Rembau punca pembiakan aedes

LUBOK CHINA – Penduduk di Rumah Rakyat Lubok China melahirkan kebimbangan mereka kemungkinan berlaku peningkatan kes demam denggi yang dikatakan berpunca daripada projek perumahan Desa Indah yang terbengkalai tidak jauh dengan kediaman mereka.

Rata-rata penduduk berkenaan meminta pihak berkuasa berbuat sesuatu dengan seberapa segera bagi mengatasi masalah tersebut yang boleh meragut nyawa mereka.

Mereka mendakwa rumah setingkat kos sederhana itu terbengkalai sejak 10 tahun lalu atas sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui oleh pihak pemaju yang beralamat di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kebimbangan mereka berasas apabila ramai penduduk dilaporkan telah disyaki menghidap demam denggi dan sehingga ini beberapa kes telah dilaporkan berlaku.

Seorang penduduk yang ditemui, Ngatimin Saru, 44, berkata, rumah terbengkalai ini kebanyakannya sudah mempunyai pembeli dan ada yang sudah membayar deposit dan terpaksa membayar pinjaman bank yang dibuat bagi membeli rumah berharga lebih RM60,000 itu.

Namun pihak pemaju gagal menyiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan sehingga kini rumah tersebut masih lagi terbengkalai. Pembeli rumah cuba menghubungi pemaju tetapi gagal.