PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 8 Ogos 2017

PAS buat laporan polis susulan laporan Ketua Audit Negara untuk N.Sembilan



PAS buat laporan polis susulan laporan Ketua Audit Negara untuk N.Sembilan

8 Ogos 2017 CHEMBONG - PAS hari ini telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau susulan laporan audit negara yang mendedahkan beberapa masalah di Majlis Daerah Rembau antaranya ialah pembayaran yang dibuat untuk barang yang tidak dibekalkan semasa projek pembinaan Dewan Agora Rembau. PAS diwakili oleh Sdr Azmil Ibrahim dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Tn Hj Ishak Omar mewakili PAS Kawasan Rembau.

Tn Hj Ishak mendesak agar satu siasatan yang telus dapat dibuat memandangkan masyarakat Rembau amat gusar dengan laporan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Ini adalah kerana Majlis Daerah berkait rapat dengan kepentingan masyarakat antaranya pengurusan jalan kampung, infrastruktur untuk penjaja serta peniaga, pembangunan tanah adat dan seterusnya.

Sementara itu Sdr Azmil mendesak agar pihak pengurusan tertinggi Majlis Daerah Rembau dan kerajaan Negeri Sembilan sendiri perlu menyatakan tindakan mereka terhadap laporan Ketua Audit Negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan