PAS DUN KOTA
Selasa, 22 Ogos 2017
Ahad, 20 Ogos 2017
Tingkat usaha dakwah luar parti
Tingkat usaha dakwah luar parti
Sinar Harian 19 Ogos 2017
JEMPOL - Aktiviti dakwah luar parti mesti dipertingkatkan
sekurang-kurangnya lebih separuh dari jumlah program tahunan.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, usaha
itu bagi melengkapkan pemimpin Pas sama ada di peringkat negeri, kawasan mahu
pun cawangan supaya menjadi pemimpin masyarakat berbilang kaum.
“Macam mana nak pimpin jika tak buat program luaran? Kita
tak boleh sekadar menjadi pemimpin Pas saja, tapi pemimpin masyarakat termasuk
bukan Islam.
“Namun diingatkan, elakkan pertelagahan juga krisis sesama
sendiri dan istiqamah melibatkan diri dengan program peningkatan kefahaman ahli
seperti usrah, liqa’, tamrin dan rehlah.
“Dalam masa sama tingkatkan ilmu kefahaman Islam supaya
mampu memimpin dengan mengemukakan solusi yang baik dalam setiap permasalahan
negara dan masyarakat berdasarkan manhaj al-Quran serta Sunnah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Munaqashah Ucapan
Dasar Presiden Pas peringkat Negeri Sembilan di Muassasah Darus Su’ada, Batu
Kikir, di sini.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya (TPJ 1) Pas Negeri
Sembilan, Dr Rafiei Mustapha; TPJ 3, Abd Razakek Abd Rahim dan Ketua Dewan
Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Tambahnya, pelbagaikan aktiviti dengan mengaktifkan dialog,
forum dan sebagainya dengan menyampaikan dakwah kepada masyarakat ke arah
memahami Islam serta celik politik termasuk kepada bukan Muslim.
“Namun pemimpin dan ahli semua peringkat mesti peka dan
fahamkan keputusan serta tindakan Pas. Dapatkan maklumat yang sahih.
“Memperkukuhkan gerak kerja dan aktiviti blok ketiga bersama
Gagasan Sejahtera di semua peringkat parti. Jangan sekali-kali bertindak dan
buka ruang kemenangan kepada pihak yang sangat ketara anti Islam, sebaliknya
teruskan usaha beri pencerahan serta menangkis tohmahan terhadap perjuangan
Pas,” katanya.
Iskandar bagaimanapun mahu ahli Pas manfaatkan semaksimum
mungkin sumber manusia dalam parti, untuk menjana kekuatan dan bangunkan parti
sebagai gerakan Islam serta politik yang hebat.
“Mesti dalam keadaan siap siaga seterusnya bekerja keras
untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan memimpin empat
negeri,” katanya.
Pemuda PAS Negeri Sembilan tawar pendidikan percuma
Pemuda PAS Negeri Sembilan tawar pendidikan percuma kepada
adik beradik yatim piatu - Harakah 21 Ogos 2017
Ahad, 13 Ogos 2017
Khamis, 10 Ogos 2017
Mereka yang tidak menghargai sejarah
Mereka yang tidak menghargai sejarah
Rumah bersejarah terbiar
Berita Harian 14 Jun 2010 .
REMBAU: Rumah UMNO bahagian Rembau terbiar sepi selepas
pusat perkhidmatan masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong dan
Ahli Parlimen Rembau berpindah ke tempat lain.
Banglo separuh batu dan kayu dua tingkat ini dianggap
bersejarah kerana pernah menempatkan Kelab Melayu Rembau pada 1948 dan
digunakan sebagai Undang Rembau English School (URES) serta Dato Abdullah
School (DAS) pada 1950-an, yang kemudian berpindah ke bangunan sekarang. Rumah
itu dikatakan kosong selepas Pilihan Raya Umum ke-12 menyebabkannya itu terbiar
sepi walaupun ada nilai sejarah. Tinjauan mendapati terdapat bil Syarikat Air
Negeri Sembilan (Sains) RM300 atas nama Setiausaha Rumah UMNO Rembau, yang
sudah meninggal dunia dan bil Tenaga Nasional Bhd (TNB) RM100 atas nama Pejabat
Ahli Parlimen Rembau, terselit pada pintu pagar rumah itu.
Seorang penduduk, Ramli Abdullah, 65, berkata bangunan itu
tidak sepatutnya ditinggalkan.
Katanya, bangunan yang mempunyai nilai sejarah berkaitan
orang Melayu dan institusi pendidikan di daerah ini perlu dijaga.
“Saya bimbang rumah ini akan reput dan roboh menyebabkan
kita kehilangan bangunan yang sepatutnya dipertahankan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pemilik bangunan itu perlu melakukan
penyelenggaraan atau menyewakannya.
Beliau khuatir tanpa usaha itu, bangunan berkenaan digunakan
pihak tidak bertanggungjawab atau menjadi sarang haiwan berbisa.
Veteran UMNO, Aris Abu, 71, mencadangkan UMNO menjadikan
bangunan itu sebagai galeri atau muzium mini sejarah Rembau atau UMNO Rembau.
“Saya tidak setuju bangunan ini dirobohkan kerana nilai
sejarahnya. Ia patut dijadikan mercu sejarah perjuangan politik UMNO Rembau dan
institusi pendidikan daerah ini,” katanya.
Beliau berkata, sejarah pendidikan Melayu daerah ini bermula
di situ, malah UMNO Rembau pernah beroperasi di situ menyebabkan pihak
berkenaan perlu mengambil inisiatif memuliharanya.
Rabu, 9 Ogos 2017
Macam ada yang tak kena
Macam ada yang tak kena
10 Ogos 2017
REMBAU – Pemuda Pas Kawasan Rembau membuat laporan polis
berhubung kelemahan Majlis Daerah Rembau
(MDR) dalam projek pembinaan Dewan Agora, di sini, sepertimana laporan Ketua
Audit Negara 2016.
Exco Penerangan Pas Kawasan Rembau, Izamri Med berkata,
laporan itu dibuat bagi memastikan kelemahan membabitkan penggunaan dana
pembelian kemudahan dewan tidak berulang.
Dalam laporan audit itu, katanya, semakan terhadap baucar
bayaran muktamad 31 Disember 2015 mendapati bayaran dibuat terhadap kipas
siling yang tidak dibekalkan melibatkan sejumlah kira-kira RM24,450.
“Tiada dokumen arahan perubahan kerja dan senarai semak
kecacatan bangunan dikepilkan bersama baucar bayaran itu oleh MDR. Semasa
persidangan pada 5 Januari lalu, perunding projek memaklumkan lukisan as per
built drawing masih belum disediakan.
“Malah, dalam penyata kerja dikepilkan bersama baucar
bayaran, ruangan terbuka dewan perlu dipasang dengan dua unit lampu 250w HID
metal halide low bay recess. Bagaimanapun, pemeriksaan audit mendapati dua unit
lampu yang dipasang adalah daripada jenis kalimantang,” katanya.
Selain itu, katanya, semakan bagi ringkasan tuntutan bayaran
muktamad perunding yang dibekalkan untuk 28 pembesar suara pelbagai jenis dan
saiz, melibatkan jumlah RM9,400.
Katanya, pemeriksaan audit pada 1 Disember 2016 mendapati
sebanyak lapan set pembesar suara (jenis 200w compact array speaker dan 6w
pembesar suara siling) tidak dibekalkan.
“Malah, hanya empat set pembesar suara (30w universal boz
speaker dan set heavy duty speaker stand) dibekalkan kepada dewan itu.
"Bayaran dibuat terhadap 24 set pembesar suara yang
tidak dibekalkan melibatkan jumlah RM8,200.28.
“Kami mahu pihak berkaitan mengambil tindakan. Siasat
perkara ini supaya tak jadi ketirisan lagi sebab ini menggunakan dana rakyat.
“Seharusnya pihak berkenaan tak mudah guna dana rakyat untuk
perkara yang tak sepatutnya dibekalkan kepada dewan orang ramai. Kami harap
perkara ini dapat tindakan sewajarnya,” katanya di pekarangan Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Rembau, malam kelmarin.
Turut hadir membuat laporan polis berkenaan, Ketua Pemuda
Pas Kawasan Rembau, Azmil Ibrahim dan wakil Pas Kawasan Rembau, Ishak Omar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan
Ibrahim Sharif mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.
Langgan:
Catatan (Atom)