PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 18 April 2016

MESYUARAT AGUNG PAS REMBAU MERIAH



MESYUARAT AGUNG PAS REMBAU MERIAH

REMBAU. Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 13, yang telah diadakan pada 17 April 2016 di Dewan Aspirasi, Lavender Height, Senawang berjalan dengan meriah.

Seramai 75 perwakilan dan 5 pemerhati hadir untuk menjayakan mesyuarat agung itu.

Dalam ucapan aluan, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Rembau, Tuan Haji Hassan Tamby mengatakan bahawa PAS Rembau pernah mempunyai 30 cawangan. Pernah hampir semua cawangan hadir mesyuarat agung kawasan suatu masa dulu.

Menurut beliau lagi, 22 masih lagi aktif tetapi cuma 17 cawangan saja yang berjaya melaksanakan mesyuarat agung cawangan tahun ini dan menghantar perwakilan ke mesyuarat agung tersebut.

YDP mencabar semua terutama AJK PAS Rembau untuk mengaktifkan kembali semua cawangan itu semula.

YDP juga meminta cawangan untuk bersama-sama membantu untuk mengumpulkan dana yang mencukupi untuk PRU ke 14 kelak.

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa.

Ustaz Khairil mengingatkan semua yang hadir, semoga sentiasa ingat bahawa PAS adalah jemaah Islam dan cuma sebagai wadah.

Tugas utama ahli PAS adalah untuk menarik hidayah Allah SWT kepada kita dan semua melalui wadah PAS. Tugas utama ahli PAS adalah dakwah untuk menyebarkan Islam.

Ustaz Khairil juga berkata dengan penuh semangat bahawa kemenangan akan Allah SWT kurniakan jika pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli bekerja bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Ahli PAS juga diingatkan bahawa setiap ahli PAS mesti punyai akidah yang benar dan membuat amalan yang salih.

Ustaz Khairil mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan Rembau kerana dari kehadiran mesyuarat agung yang pernah beliau hadiri tahun ini, kawasan Rembau dianggap sebagai antara kawasan yang terkuat di Negeri Sembilan.

Beliau meminta supaya Kawasan Rembau membantu kawasan lain yang rata-rata masih lemah dan terkial-kial untuk bergerak. Perjuangan Islam ini bersifat "universal" dan tidak tertaluk kepada sempadan politik.

Mesyuarat Agung bersetuju untuk menghantar dan menaja 3 petugas sepenuh masa ke Pantai Damai, Sarawak untuk membantu PAS di sana dalam pilihanraya negeri yang dijadualkan pada 7 Mei nanti.

3 orang perwakilan bersedia berkorban untuk ke Sarawak untuk tujuan tersebut iaitu Saudara Rahman suami isteri dan Puan Masitah. Ada ramai lagi yang bersedia turut serta andainya ditaja.

Ada ramai juga perwakilan dan ahli PAS yang sudah siap-siaga membantu PAS Sarawak dengan perbelanjaan sendiri sepenuhnya.

Mesyuarat Agung PAS kawasan Rembau berjalan dengan lancar dan penuh harmoni.

Berita disediakan oleh :
Mohamad Husaini al-Nyalasi
17 April 2016







Tiada ulasan:

Catat Ulasan