PAS DUN KOTA
Khamis, 21 April 2016
Isnin, 18 April 2016
MESYUARAT AGUNG PAS REMBAU MERIAH
MESYUARAT AGUNG PAS REMBAU MERIAH
REMBAU. Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 13, yang
telah diadakan pada 17 April 2016 di Dewan Aspirasi, Lavender Height, Senawang
berjalan dengan meriah.
Seramai 75 perwakilan dan 5 pemerhati hadir untuk menjayakan
mesyuarat agung itu.
Dalam ucapan aluan, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Rembau,
Tuan Haji Hassan Tamby mengatakan bahawa PAS Rembau pernah mempunyai 30
cawangan. Pernah hampir semua cawangan hadir mesyuarat agung kawasan suatu masa
dulu.
Menurut beliau lagi, 22 masih lagi aktif tetapi cuma 17
cawangan saja yang berjaya melaksanakan mesyuarat agung cawangan tahun ini dan
menghantar perwakilan ke mesyuarat agung tersebut.
YDP mencabar semua terutama AJK PAS Rembau untuk
mengaktifkan kembali semua cawangan itu semula.
YDP juga meminta cawangan untuk bersama-sama membantu untuk
mengumpulkan dana yang mencukupi untuk PRU ke 14 kelak.
Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan
Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khairil Anuar
bin Mohd Wafa.
Ustaz Khairil mengingatkan semua yang hadir, semoga sentiasa
ingat bahawa PAS adalah jemaah Islam dan cuma sebagai wadah.
Tugas utama ahli PAS adalah untuk menarik hidayah Allah SWT
kepada kita dan semua melalui wadah PAS. Tugas utama ahli PAS adalah dakwah
untuk menyebarkan Islam.
Ustaz Khairil juga berkata dengan penuh semangat bahawa
kemenangan akan Allah SWT kurniakan jika pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli
bekerja bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Ahli PAS juga diingatkan bahawa setiap ahli PAS mesti punyai
akidah yang benar dan membuat amalan yang salih.
Ustaz Khairil mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan Rembau
kerana dari kehadiran mesyuarat agung yang pernah beliau hadiri tahun ini,
kawasan Rembau dianggap sebagai antara kawasan yang terkuat di Negeri Sembilan.
Beliau meminta supaya Kawasan Rembau membantu kawasan lain
yang rata-rata masih lemah dan terkial-kial untuk bergerak. Perjuangan Islam
ini bersifat "universal" dan tidak tertaluk kepada sempadan politik.
Mesyuarat Agung bersetuju untuk menghantar dan menaja 3
petugas sepenuh masa ke Pantai Damai, Sarawak untuk membantu PAS di sana dalam
pilihanraya negeri yang dijadualkan pada 7 Mei nanti.
3 orang perwakilan bersedia berkorban untuk ke Sarawak untuk
tujuan tersebut iaitu Saudara Rahman suami isteri dan Puan Masitah. Ada ramai
lagi yang bersedia turut serta andainya ditaja.
Ada ramai juga perwakilan dan ahli PAS yang sudah siap-siaga
membantu PAS Sarawak dengan perbelanjaan sendiri sepenuhnya.
Mesyuarat Agung PAS kawasan Rembau berjalan dengan lancar
dan penuh harmoni.
Berita disediakan oleh :
Mohamad Husaini al-Nyalasi
17 April 2016
Khamis, 7 April 2016
Pulihara meriam usia 500 tahun
Pulihara meriam usia 500 tahun
7 April 2016
LUBOK CHINA – Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah
menjalankan kajian mengenai meriam Dato’ Shahbandar Haji Mat Seth yang terletak
di Kampung Nerambai, di sini, yang dianggarkan berusia lebih 500 tahun.
Sinar Harian 14 Mac lalu melaporkan empat meriam lama
dipercayai milik Datuk Shahbandar pada zaman dahulu kala kini hanya terbiar
begitu sahaja dan dikelilingi semak-samun.
Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah
Bahagian Antikuiti LMNS, Mohd Nazim Abd Gaman berkata, LMNS sentiasa proaktif
dalam menginventorikan sebarang peralatan sebagai warisan bersejarah di negeri
ini lebih-lebih lagi kewujudan meriam berkenaan.
“Oleh itu, kita telah menjalankan kajian dengan merujuk buku
bertajuk Konservasi Artifak Meriam Sejarah terbitan Jabatan Muzium Malaysia.
Melalui maklumat di dalam buku itu, meriam terbahagi kepada dua jenis iaitu
meriam itu sendiri dan lela lantaka.
“Berdasarkan penelitian dijalankan termasuk melalui temubual
bersama waris Dato’ Shahbandar iaitu Rosyatimah Shamsudin, kita mendapati
meriam ini adalah jenis meriam British,” katanya kepada Sinar Harian.
Nazim berkata, meriam kolonial yang digunakan sebagai
pertahanan, amaran dan komunikasi adalah peninggalan penjajah Portugis, Belanda
dan British manakala meriam Melayu pula adalah lela lantaka.
Menurutnya, lela lantaka pula adalah buatan orang Melayu di
mana lazimnya dimiliki oleh golongan bangsawan yang digunakan sebagai senjata
peperangan, pertahanan, komunikasi, amaran, lambang kekuasaan, kekayaan dan
simbol status lambang kebesaran diraja.
“Meriam ini adalah milik Dato’ Shahbandar Mat Seth iaitu seorang
saudagar yang berasal dari Indonesia. Mengikut cerita waris, Dato’ Shahbandar
Haji Mat Seth berkahwin dengan Nenek Raja.
“Malah, meriam berkenaan juga tidak boleh dipindahkan
sembarangan," katanya.
Untuk rekod, Lubok Cina pada asalnya adalah sebuah pelabuhan
sehingga ke Kampung Penajih. Berkemungkinan gelaran Dato’ Shahbandar yang
diberikan kepada Haji Mat Seth adalah anugerah daripada Sultan Melaka.
Meriam itu kini terletak dalam tanah milik Allahyarham Puan
Jaharah Sudin iaitu ibu kepada Rosyatimah.
Langgan:
Catatan (Atom)