PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 31 Januari 2016

Pas bantu keluarga mangsa nahas



Pas bantu keluarga mangsa nahas
31 Januari 2016


SEREMBAN - Keluarga tiga mangsa nahas dalam kejadian sehari sebelum perayaan Thaipusam mendapat perhatian Pas Rembau.

Rombongan Pas Rembau dan Muslimat diketuai Yang Dipertua Pas Rembau, Mohamad Hassan Tamby menziarahi keluarga ketiga-tiga mangsa tersebut di Taman Seremban Jaya dan Sungai Gadut, di sini, semalam.

Mohammad Hassan berkata, sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur dihulur bagi meringankan beban keluarga mangsa.

“Kami berasa sedih dengan apa yang berlaku terutama mangsa yang terkorban. Apatah lagi mendiang (C Kannan, 51) merupakan penyokong kuat Pas Rembau dan pernah membantu Pas ketika kempen PRU13 lalu.

“Jadi, hari ini kita menyampaikan sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur kepada balunya (K Letchumy, 42). Kannan turut meninggalkan seorang anak perempuan berumur lapan tahun,” katanya di rumah mangsa di Sungai Gadut, di sini, semalam.

Mohammad Hassan turut menziarahi dua lagi keluarga iaitu keluarga mendiang S Papa, 53, dan K Saravanan, 45, di Taman Seremban Jaya,

Sumbangan berbentuk kewangan dan barang keperluan dapur turut diberikan kepada keluarga kedua mendiang.

Papa bagaimanpun masih bujang, manakala Saravanan meninggalkan seorang balu, S Uma Maheswary, 40, dan seorang anak perempuan berusia 17 tahun yang sedang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Hadir sama, Pemangku Ketua Muslimat Pas Rembau, Masita Mohd Ali, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Muslimat Pas Rembau, Suzila Sabeh dan AJK Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Rembau, S Appu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan