PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 4 Januari 2016

Bantuan merentasi fahaman agama dan bangsa



Bantuan merentasi fahaman agama dan bangsa. “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QS 21: 107)

Habiskan duit gaji untuk anak OKU
4 Januari 2016


SEREMBAN - Kos sara hidup semakin meningkat menyebabkan sepasang suami isteri di Rumah Pangsa Senawang 1, di sini, terpaksa berjimat.

S.Kamaladevi, berusia sekitar 50-an bekerja sebagai pencuci di sebuah syarikat di bandar ini dan menerima gaji bersih sekitar RM700 sebulan.

Manakala suaminya M. Watumala, juga berusia sekitar 50-an, bekerja sebagai tukang kebun yang turut mendapat gaji sekitar RM700 sebulan.

“Dulu saya tidak bekerja kerana mahu menjaga anak tetapi sekarang terpaksa bekerja untuk bantu suami menambah pendapatan kerana kos hidup semakin tinggi.

“Belanja dapur sahaja sudah RM400 sebulan, itu belum masuk bayar sewa rumah RM75, motosikal RM160, api dan air RM50 serta belanja harian,” kata Kamaladevi.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, seorang anaknya, M. Logeswaran, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah (SM) Seremban Jaya merupakan seorang kurang upaya (OKU) dan sebelum ini pernah dibedah untuk membuang tumor di kepala dan membetulkan tulang belakangnya.

“Kami membelanjakan sebanyak RM400 sebulan untuk beli lampin pakai buang, susu dan ubat-ubatannya. Tiga bulan sekali kami akan membawa Logeswaran ke hospital untuk mendapatkan rawatan .

“Dua anak lagi sudah bekerja tetapi hanya mampu tanggung diri sendiri sahaja. Jadi, gaji kami suami isteri sekitar RM1,400 sebulan digunakan untuk tampung belanja dapur dan kos rawatan Logeswaran,” katanya ketika menerima sumbangan daripada Pas Dun Paroi yang disampaikan Yang Dipertua Pas Rembau, Mohamad Hassan Thamby.

Kamaladevi berkata, walaupun kehidupannya perit, dia tetap gembira kerana ada pihak sudi membantunya.

“Terima kasih kepada Pas yang banyak bantu. Begitu  juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi kami tinggal di rumah sewa ini dengan hanya RM75 sebulan.

“Sebelum ini kami tinggal di tingkat tiga, tetapi awal tahun ini, JKM benarkan kami tinggal di tingkat bawah bagi memudahkan anak OKU saya. Ini berita gembira buat kami kerana sebelum ini, Logeswaran terpaksa merangkak naik tangga,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan