Sempena Hari Jururawat pada 12 Mei 2016, Amalnita - Yayasan
Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan telah meraikan para jururawat di Klinik
Kesihatan Kota, Rembau. Pn Masita Ali selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan
telah menyampaikan cenderahati kepada para jururawat di klinik tersebut. Turut
hadir ialah Sdr Izamri Med selaku Pegawai Khas Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan. Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan kalian dalam
memastikan mutu perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.
PAS DUN KOTA
Khamis, 12 Mei 2016
Rabu, 11 Mei 2016
Selasa, 10 Mei 2016
Bimbang air melimpah masuk kedai
Bimbang air melimpah masuk kedai
11 Mei 2016
KOTA – Peniaga di Pekan Kota, di sini, berasa bimbang
apabila air bertakung berhampiran premis perniagaan mereka lebih-lebih lagi
semasa hujan lebat berisiko untuk melimpah masuk ke dalam kedai.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati takungan air
berkenaan terjadi susulan jalan yang diturap tidak rata dan lebih tinggi bagi
projek pembangunan baru sehingga menyebabkan air bertakung berhampiran premis
rumah kedai.
Menurut peniaga, Yuu Yoe Lan, 55, masalah itu bukannya baru
sebulan dua berlaku bahkan sudah berlanjutan sejak pertengahan tahun lepas lagi
sehingga ada pihak datang untuk melihat aduan telah dibuat penduduk.
“Masa projek berkenaan siap lagi saya sudah cakap pada
pekerja projek tindakan mereka menurap jalan lebih tinggi di bahagian tengah
akan menyebabkan air bertakung berhampiran bangunan rumah kedai.
“Tapi tiada sebarang tindakan sehinggalah apa yang saya
risaukan berlaku air takungan hampir melimpah masuk ke dalam kedai,” katanya
kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi, di sini, semalam.
Yoe Lan berkata, walaupun hujan tidak sampai sejam, namun
sekiranya lebat air yang bertakung sudah melimpah sehingga ke hadapan kedai dan
hanya menunggu masa sahaja melimpah ke dalam kedai.
Menurutnya, kedainya yang paling berisiko mengalami kerugian
kerana terletak betul-betul bersebelahan dengan takungan air lebih-lebih lagi
dia menjalankan perniagaan perabot.
“Bayangkanlah jika air takungan melimpah masuk, semua
perabot rosak dan tentunya saya akan mengalami kerugian yang besar. Saya harap
pihak bertanggungjawab iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat meratakan
kembali laluan ini bagi mengelakkan air bertakung di sebelah kedai.
“Bukan hanya bimbang air melimpah masuk ke kedai tetapi
takungan air ini juga berpotensi untuk menjadi tempat biak Aedes," katanya
Isnin, 9 Mei 2016
Pasar Awam Kota sudah uzur
Pasar Awam Kota sudah uzur
9 Mei 2016
REMBAU – Sangat uzur. Itulah gambaran keadaan Pasar Awam
Kota, di sini walaupun ia baru lebih 10 tahun didirikan.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati di
kawasan berkenaan terdapat takungan air kotor serta berbau busuk berhampiran
tong sampah pasar yang dipercayai sudah berlanjutan bertakung sejak beberapa
bulan lalu.
Lebih menyedihkan, terdapat banyak siling premis tersebut
jatuh, perabung rosak selain pasar berkenaan juga kini tidak mempunyai bekalan
elektrik sejak beberapa bulan lalu.
Menurut peniaga, Tan Eng Yuun, 48, dia sudah 18 tahun
berniaga di lokasi berkenaan dan kerosakan mula berlaku sedikit demi sedikit
sejak lebih dua tahun lalu.
“Bimbang juga kadang-kadang pelanggan yang datang ke pasar
ini bawa anak-anak kecil. Takut-takut nanti siling jatuh hempap
budak-budak. Sebelum ada nyawa yang
melayang saya harap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dapat ambil
tindakan segera.
“Sekarang bila syiling jatuh saya angkat susun tepi. Tapi
sudah banyak yang jatuh dan kini api (elektrik) pula tiada,” katanya kepada
Sinar Harian.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kota Pekan, Jahaya Awang
berkata, masalah berkenaan sudah sering diperbincangkan dalam mesyuarat JKKK
dan diketengahkan kepada agensi berkaitan seperti Majlis Daerah Rembau (MDR)
sejak lebih dua tahun lalu.
Menurutnya, pasar berkenaan menawarkan empat ruang meniaga
dan kini hanya dua ruang niaga sahaja beroperasi iaitu bagi menjual
sayur-sayuran dan juga ayam.
“Dua lagi unit kedai sudah rosak teruk dan berharap agar MDR
akan mengambil langkah segera memperbaiki kerosakan memandangkan perkara
berkenaan sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
“Malah, takungan air yang berpunca dari turapan tidak rata
berkenaan juga berbahaya serta berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,”
katanya.
Selasa, 3 Mei 2016
Langgan:
Catatan (Atom)








