AJK PAS Kawasan Rembau yang juga merupakan Timbalan Pengarah
PAS DUN Kota Sdr Izamri bin Med menyampaikan sumbangan kepada warga emas pakcik
Mohd Taib Suman dari Taman Seri Rembau
PAS DUN KOTA
Khamis, 13 Ogos 2015
Rabu, 12 Ogos 2015
Inilah masanya kita terus berkerja.
Orang Rembau bertanya kepada saya apa komen saya berkenaan
GHB. Pendirian saya mudah, GHB tidak mungkin dapat menyaingi PAS. Ini bukan
pendapat saya sendirian.
Suka saya menyoroti catatan Wan Saiful Wan Jan, anak muda
lulusan England, seorang penganalisa IDEAS, badan kajian dasar yang dipelopori
oleh Tengku Muda Negeri Sembilan. Ulasan beliau boleh dibaca dalam artikel
berbahasa Inggeris yang disiarkan dalam web IDEAS, portal Focus Malaysia dan
The Malaysia Insider pada bulan lepas.
Saya tidak mahu mengulas tentang komen beliau sebagai orang
luar tentang urustadbir parti. Pendapat beliau mungkin benar dan mungkin tidak
tepat berdasar batasan maklumat yang diperolehi.
Namun, saya sangat bersetuju dengan kesimpulan yang
dinyatakan. Sepertimana yang dinyatakan beliau, saya juga agak skeptik dan
pesimistik akan jangkahayat GHB jika ditubuhkan sekadar ingin menyaingi PAS
dalam pentas politik demokrasi.
Perlu diingati dalam konteks pilihanraya, PAS bersemuka
melawan UMNO. Perseteruan PAS dengan UMNO pada pertandingan kerusi Melayu luar
bandar.
Pengundi teras Melayu tidak mahu berfikir hal-hal
komplikated seperti isu ekonomi global, krisis politik nasional apatah lagi
polisi-polisi kerajaan seperti TPPA, GST dan sebagainya.
Mereka yang sayangkan pemimpin yang peduli akan nasib
mereka, yang memudahkan urusan menyekolahkan anak, boleh bercucuk tanam, pergi
haji sebelum dimamah usia. Segmen pengundi begini juga sensitif dengan adat
resam dan agama.
Kebanyakan figura GHB yang saya kenali, selera dan kemampuan
mereka tidak terkalah dalam mendekati golongan non-Muslim dan Melayu urban.
Jika adapun kerusi yang terpaksa dikompromi PAS hanyalah beberapa kerusi
campuran di Selangor.
Manakala di Negeri Sembilan, DUN dan Parlimen yang
ditandingi PAS rata-ratanya mempunyai komposisi 60% - 70℅ pengundi Melayu di
luar bandar. Jika mahukan kerusi lebih, mereka terpaksa berunding dengan PKR
dan DAP pula. Ia bahkan menambah liku dan luka dalam roadmap politik GHB.
Saya masih positif dalam memahami garis pemisah antara PAS
dan GHB letaknya hanya pada pendekatan dakwah dan politik kedua-duanya.
Kelebihan dan keutamaan PAS pada dakwah dan politik dengan orang Melayu agar
menjadi Muslim yang lebih baik. GHB pula mahu mendekati non-Muslim agar nilai
universal Islam dapat difahami dan diterima. Matlamat akhir adalah sama.
Namun, dalam keadaan sekarang adalah lebih baik para
orkestrator GHB mengambil keputusan mudah. Kembali kepada PAS dengan dasar
Islami, atau sertai DAP atau PKR dengan peluang yang luas untuk berdakwah
kepada non-Muslim. Dalam urusan politik kekal status quo.
UMNO-BN sedang tenat. Tidak perlu berlengah dan berlelah
dengan krisis yang panjang. Inilah masanya kita terus berkerja.
Tuan Rozmal bin Malakan,
Timbalan YDP PAS Rembau
12 Ogos 2015
Isnin, 10 Ogos 2015
Pas bantu pesakit angin ahmar
Pas bantu pesakit angin ahmar
9 Ogos 2015
SEREMBAN - Seorang warga emas yang menghidap penyakit angin
ahmar di Flat Casuarina, Paroi, di sini, mendapat perhatian Pas Rembau dan
Tabung Kemiskinan Harakah.
Husin Che Man, 84, lumpuh separuh badan sejak tiga puluh tahun
lalu dijaga isterinya, Nawiah Abdullah, 76, dan lima orang anaknya.
Rombongan Pas Rembau diketuai Yang Dipertua Pas Rembau,
Mohamad Hassan Tamby dan Pas Dun Paroi menyampaikan sumbangan kepada Husin di
rumahnya, kelmarin.
Mohamad Hassan berkata, Pas prihatin terhadap warga emas
yang terlantar itu dan mengambil
kesempatan mengumpul dana bagi membantunya.
"Pas bersama Harakah berusaha mencari dana untuk
membantu pakcik Husin. Walaupun sumbangan kita sedikit, kita berharap dapat
meringankan bebannya sekeluarga.
"Pas sentiasa turun padang mencari golongan memerlukan
bagi membantu mereka dari segi wang dan juga sumbangan lain," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai
supaya menyalurkan maklumat sekiranya terdapat golongan memerlukan agar mereka
dapat dibantu dari segi kewangan dan sokongan moral.
Isnin, 3 Ogos 2015
PAS DUN Kota teruskan usaha membantu mereka yang memerlukan
Pada 2 Ogos 2015, Hj Ishak Omar selaku Pengarah PAS DUN Kota
serta beberapa rakan yang lain telah mengunjungi serta menghulurkan sumbangan
kepada mereka yang memerlukan iaitu veteran tentera Staf Sarjan Ahmad dan
keluarga arwah Encik Nasaruddin.
Sabtu, 1 Ogos 2015
PAS DUN Kota bantu veteran tentera
Pada 1 Ogos 2015 sehari selepas
Sambutan Hari Pahlawan, Pengarah serta Timbalan Pengarah PAS DUN
Kota, Hj Ishak Omar dan Izamri Med telah menghantar katil pesakit
kepada pakcik Sarjan Ahmad veteran Askar Melayu di Kg Kendong, Kota,
Rembau hasil sumbangan Dewan Muslimat PAS Rembau. Terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau
tidak langsung.
Langgan:
Catatan (Atom)











