Menghargai perjuangan veteran PAS Negeri Sembilan
27 September 2017 - Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tn Hj
Mohammad Hassan bin Tamby serta Pengarah JPRD DUN Kota, Tn Hj Ishak bin Hj Omar
serta beberapa AJK lain telah mengadakan sesi berbual mesra dan bertanya khabar
pejuang veteran PAS di Rembau.
Antara yang diziarahi ialah:
Tuan Hj Ahmad bin Ariffin, bekas Pengurus Pasti Al Amin,
Pulau Mampat. Aktif bergerak bersama PAS di DUN Kota. Kini menggunakan kerusi
roda kerana diserang angin ahmar sejak beberapa ketika. Tinggal di Kg Perigi
Batu, Penajih.
Abdul Rahman b Mat Sohor. Pengerusi Tetap PAS Cawangan
Astana Raja. Aktif bersama PAS sejak muda hingga kini. Tinggal di Kg Penajih.
Tuan Baharuddin bin Ali menetap di Astana Raja. Pernah
menjadi calon PAS DUN Kota dalam Parlimen Tampin waktu itu. Beliau ada angin
ahmar dan bergerak menggunakan kerusi roda.
Tuan Hj Samsudin b Dewa pernah tiga kali menjadi calun PAS
DUN Kota ketika dalam Parlimen Tampin. Beliau diserang angin ahmar baru-baru
ini. Tinggal di Kg Semerbok.
Tuan Hj Hasim bin Jonet. Veteran PAS Kota. Beliau tinggal di
Kg Legong Ulu.