PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 9 April 2017

Minyak percuma: Bantu tanpa kira latar belakang


Minyak percuma: Bantu tanpa kira latar belakang
Wartawan Sinar Harian
9 April 2017

ALOR GAJAH - Yayasan Amal Negeri Sembilan mengambil inisiatif memberi minyak petrol percuma kepada 100 penunggang motosikal pelbagai bangsa di stesen Minyak Petronas Lubok China, dekat sini, hari ini.

Penyelaras program Ishak Omar berkata, program yang dianjurkan kali kedua pada tahun ini, merupakan lanjutan dari program yang sama di Rembau dalam membantu orang ramai mendapatkan bantuan petrol percuma tanpa mengira peringkat umur, latar belakang dan bangsa.

Menurutnya, pemilihan lokasi di Melaka, kerana mendapati majoriti penduduk bersempadanan negeri itu seperti Sungai Timun, Sungai Raden, Sawah Raja di Negeri Sembilan serta beberapa kawasan lain yang berhampiran stesen minyak tersebut sekali gus dapat membantu rakyat di dua buah negeri.

Katanya, walaupun nilai RM5 dilihat tidak seberapa namun ia dilihat bermakna bagi mereka yang berpendapatan rendah sekali gus membantu meringankan beban kumpulan sasar terutamanya penduduk kawasan luar bandar yang rata-rata bekerja sendiri dan kampung.

"Apa yang menyentuh hati, apabila ada di antara mereka yang sanggup bersalaman dan mengucapkan terima kasih seoalah-olah begitu menghargai kerja amal yang kita lakukan ini.

"Biarpun ia adalah program anjuran Ihsan Amal, namun sebenarnya ia bukanlah program politik tetapi lebih kepada keperihatinan dan sifat kita untuk membantu mengurangkan beban masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan