PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 10 April 2017

MENDAP SELEPAS HUJAN LEBAT



MENDAP SELEPAS HUJAN LEBAT



REMBAU, 11 April 2017 – Penduduk di Kampung Padang Lebar, Kota di sini, bimbang apabila jambatan yang menjadi satu-satunya jalan keluar mereka mendap susulan hujan lebat, petang kelmarin.

Ibrahim Ishak, 56, berkata, jambatan berusia kira-kira 30 tahun itu disedari mulai mendap pada malam kelmarin ketika dia mahu ke pekan berhampiran kira-kira jam 9 malam.

Menurutnya, sebaik melalui jambatan berkenaan, dia berasa hairan kerana laluan tidak rata seperti kebiasaannya.

"Saya turun kereta dan tengok sebelum terkejut lihat jalan tar di atas jambatan ini sudah mendap kira-kira dua inci. Saya terpaksa parkir kereta di seberang sungai kerana bimbang jambatan runtuh ketika melaluinya.

“Tengah hari ini (semalam) mendapan makin besar kepada lima inci. Saya harap tindakan segera akan diambil pihak berkaitan bagi membaik pulih jambatan ini memandangkan terdapat lima keluarga menggunakan laluan ini untuk keluar masuk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibrahim berkata, dia bimbang jambatan berkenaan akan runtuh kerana tebing sungai juga tidak kukuh.

Pengerusi JKKK Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, hujan lebat sejak petang kelmarin bukan hanya menyebabkan jambatan di kampung berkenaan mendap, bahkan banjir kilat juga berlaku di sekitar Pekan Kota. Banjir berlaku di persimpangan masuk Taman Kota Indah hingga Pekan Kota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan