PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 16 April 2017

Gotong-royong di rumah mangsa banjir



Sekitar program gotong-royong di rumah mangsa banjir Nenek Termah, warga emas ibu tunggal yang menjaga 3 orang cucunya yang yatim piatu di Kg Sg. Radin, Lubok China, Rembau bersama Jabatan Amal Rembau dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan pada 16 April 2017











Jumaat, 14 April 2017

Kerja-kerja mengganti atap yang bocor rumah

Kerja-kerja mengganti atap yang bocor rumah Pn Zainab bt Abdullah di Kg Ampang Batu, Tanah Datar, Chengkau, Rembau telah siap pada 13 April 2017. Pn Zainab merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak OKU serta seorang anak yang bekerja kilang. Pn Zainab sendiri bekerja di kilang berhampiran. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan dan terlibat membantu keluarga Pn Zainab.








Isnin, 10 April 2017

MENDAP SELEPAS HUJAN LEBAT



MENDAP SELEPAS HUJAN LEBAT



REMBAU, 11 April 2017 – Penduduk di Kampung Padang Lebar, Kota di sini, bimbang apabila jambatan yang menjadi satu-satunya jalan keluar mereka mendap susulan hujan lebat, petang kelmarin.

Ibrahim Ishak, 56, berkata, jambatan berusia kira-kira 30 tahun itu disedari mulai mendap pada malam kelmarin ketika dia mahu ke pekan berhampiran kira-kira jam 9 malam.

Menurutnya, sebaik melalui jambatan berkenaan, dia berasa hairan kerana laluan tidak rata seperti kebiasaannya.

"Saya turun kereta dan tengok sebelum terkejut lihat jalan tar di atas jambatan ini sudah mendap kira-kira dua inci. Saya terpaksa parkir kereta di seberang sungai kerana bimbang jambatan runtuh ketika melaluinya.

“Tengah hari ini (semalam) mendapan makin besar kepada lima inci. Saya harap tindakan segera akan diambil pihak berkaitan bagi membaik pulih jambatan ini memandangkan terdapat lima keluarga menggunakan laluan ini untuk keluar masuk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibrahim berkata, dia bimbang jambatan berkenaan akan runtuh kerana tebing sungai juga tidak kukuh.

Pengerusi JKKK Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, hujan lebat sejak petang kelmarin bukan hanya menyebabkan jambatan di kampung berkenaan mendap, bahkan banjir kilat juga berlaku di sekitar Pekan Kota. Banjir berlaku di persimpangan masuk Taman Kota Indah hingga Pekan Kota.

Ahad, 9 April 2017

Minyak percuma: Bantu tanpa kira latar belakang


Minyak percuma: Bantu tanpa kira latar belakang
Wartawan Sinar Harian
9 April 2017

ALOR GAJAH - Yayasan Amal Negeri Sembilan mengambil inisiatif memberi minyak petrol percuma kepada 100 penunggang motosikal pelbagai bangsa di stesen Minyak Petronas Lubok China, dekat sini, hari ini.

Penyelaras program Ishak Omar berkata, program yang dianjurkan kali kedua pada tahun ini, merupakan lanjutan dari program yang sama di Rembau dalam membantu orang ramai mendapatkan bantuan petrol percuma tanpa mengira peringkat umur, latar belakang dan bangsa.

Menurutnya, pemilihan lokasi di Melaka, kerana mendapati majoriti penduduk bersempadanan negeri itu seperti Sungai Timun, Sungai Raden, Sawah Raja di Negeri Sembilan serta beberapa kawasan lain yang berhampiran stesen minyak tersebut sekali gus dapat membantu rakyat di dua buah negeri.

Katanya, walaupun nilai RM5 dilihat tidak seberapa namun ia dilihat bermakna bagi mereka yang berpendapatan rendah sekali gus membantu meringankan beban kumpulan sasar terutamanya penduduk kawasan luar bandar yang rata-rata bekerja sendiri dan kampung.

"Apa yang menyentuh hati, apabila ada di antara mereka yang sanggup bersalaman dan mengucapkan terima kasih seoalah-olah begitu menghargai kerja amal yang kita lakukan ini.

"Biarpun ia adalah program anjuran Ihsan Amal, namun sebenarnya ia bukanlah program politik tetapi lebih kepada keperihatinan dan sifat kita untuk membantu mengurangkan beban masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.