PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 22 Disember 2016

Syarikat dari negara China ambil alih loji penapisan minyak di Port Dickson



Shell beri jaminan tidak buang pekerja
27 Mei 2016

Shell Refining Company (Federation of Malaya) Bhd. (SRC) hari ini memberi jaminan tiada pekerjanya yang akan diberhentikan susulan tindakan Malaysia Hengyuan International Ltd. (MHIL) membeli 51 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Pengerusinya, Datuk Iain Lo berkata, MHIL yang juga unit syarikat petrokimia China membuat komitmen untuk mengekalkan perkhidmatan pekerja terlibat bagi tempoh 24 bulan akan datang.

Shell Overseas Holdings Ltd. dalam proses menjual kepentingannya dalam kemudahan loji penapisan di Port Dickson itu pada harga AS$66.3 juta (RM276 juta).

Penjualan yang dijangka dapat dimuktamadkan sebelum September ini akan disusuli pelaksanaan tawaran awam mandatori oleh MHIL bagi baki saham SRC. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan