PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 13 September 2016

Awak duduk dalam kapal lanun. Ingat awak boleh jadi Imam? Mampus awak




"Adakalanya saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini" - Bekas Menteri Kewangan II, DS Ahmad Husni Hanadzlah

Tajuk utama Sinar Harian Edisi Johor 11 September 2016 tentang cerita peletakan jawatan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Antara pendedahannya yang patut membuka mata si buta:

1- "Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggapkan tekanan darah tinggi selama 5 jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada. Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam Kabinet atau tidak? Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?".

2- Beliau pernah bekerja di anak syarikat sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1980-an. Di situ beliau terdedah dengan tingkah laku sesetengah pemimpin yang menggunakan syarikat tersebut yang memgumpul kekayaan. Beliau melaporkan pada pucuk pimpinan. Malangnya tiada tindakan diambil. Sebaliknya, seorang pegawai kanan agensi tersebut berkata kepada beliau "Awak duduk dalam kapal lanun. Ingat awak boleh jadi Imam? Mampus awak!"

3- "Dalam konteks kewangan kerajaan, uruslah kewangan secara berhemah. Pemberian tender hendaklah secara telus. Projek PPP mestilah dikaji mendalam dari konteks value for money."

4- Di Parlimen nanti, saya akan menyuarakan prinsip good governance yang harus menjadi asas kepada pemerintah untuk membawa kesejahteraan kepada masa depan negara dan rakyat. Kerajaan hendaklah bersih, cekap dan amanah berpegang kepada prinsip digniti dan integriti supaya rakyat boleh berpaut demi masa depan mereka. Alangkah indahnya dunia jika semua ini terjadi?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan