PAS DUN KOTA
Rabu, 28 September 2016
Khamis, 22 September 2016
Ahad, 18 September 2016
Pembinaan Hospital Rembau jadual siap 29 Dis 2017
Pembinaan Hospital Rembau jadual siap 29 Dis 2017
18 September 2016
SEREMBAN - Projek pembinaan Hospital Rembau telah siap 39
peratus sehingga Ogos lepas, kata Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Ir Dr
Roslan Md Taha.
Katanya projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama
merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.
Roslan berkata projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa
pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.
Katanya fasa pertama (kerja-kerja tanah) telah dimulakan pada
8 Jun 2012 dan siap pada 21 Feb 2013, manakala bagi kerja fasa kedua (kerja
membina bangunan) sekarang bermula pada 9 Sept 2013 dan dijadualkan siap pada 8
Sept 2016.
Pihak JKR telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan
perunding sivil dan struktur pada 12 Dis 2014 lepas di atas kegagalan perunding
sehingga berlaku kelewatan tersebut.
"JKR terpaksa mereka bentuk semula struktur pembinaan
terutamanya bagi blok yang dibina secara pasang siap (Industrialised Building
System - IBS).
"Ekoran itu lanjutan masa diberikan mengikut
syarat-syarat kontrak dan alhamdulillah, projek berjalan lancar sekarang iaitu
tarikh jadual siap adalah pada 29 Dis 2017," katanya.
Projek pembangunan Hospital Rembau dengan kapasiti 76 buah
katil ini dibina di tanah berkeluasan 19.4 hektar yang terletak di Chembong,
Rembau dengan kos pembinaan berjumlah RM97 juta.
Pembinaan projek ini dikendalikan Pasukan Projek Khas
(Bangunan) Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. – Bernama
Ramai masih tak faham RUU 355
Ramai masih tak faham RUU 355
19 September 2016
SENAWANG - Kira-kira 20 peratus sahaja orang Melayu yang
didapati benar-benar memahami isu Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016, setakat ini.
Demikian pendedahan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Pas Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berdasarkan pemerhatian
dibuat selama ini.
Menurutnya, situasi sedemikian wujud disebabkan persepsi
masyarakat beragama Islam sendiri yang menganggap ruang lingkup Mahkamah
Syariah sekadar terhad dalam perkara munakahat semata-mata.
“Bagi kita orang Melayu, Mahkamah Syariah ini (melibatkan)
isu nikah, kahwin dan cerai saja. Kalau hendak hangat-hangat sangat pun, itu
saja. Tidak ada apa-apa. Itu perspektif yang kita nampak.
“Jadi, kita di peringkat Negeri Sembilan menyahut seruan
pihak (Pas) pusat supaya memberikan pencerahan sebenar di sebalik isu RUU 355,”
katanya.
Demi mencapai matlamat itu, beliau yang juga Timbalan
Pesuruhjaya I Pas Negeri Sembilan berkata, maka pihaknya mengadakan kempen
mengenai RUU 355 di Dataran Senawang, di sini, semalam, mulai jam 2.30 petang.
“Tapi dengan adanya kesedaran ini, mungkin sampai satu tahap
(nanti) bahawa rupa-rupanya ada di sebalik itu undang-undang (misalnya)
berkaitan perjudian dan perzinaan yang harus mereka ambil berat disebabkan
implikasinya terhadap mereka sangat besar.
“(Pada masa sama), sekali-sekali penguat kuasa bahagian
agama (perlu juga) buat serbuan dan tangkapan kepada (pembeli) nombor ekor.
Barulah mereka tahu, rupa-rupanya ada undang-undang.
“Melalui penegasan terhadap RUU 355, mereka akan lebih cakna
bahawa undang-undang syariah bukan terhad pada hal nikah kahwin, tapi juga
menjangkaui (bab) minum arak, judi, perzinaan, bersekedudukan dan sebagainya,”
katanya.
Berbanding Melayu, katanya, penerimaan kaum Cina bukan
Muslim terhadap RUU 355 didapati lebih meruncing berikutan sikap persatuan
mereka yang berkempen sejak sekian lama, dengan mengatakan RUU 355 itu adalah
hudud.
“Kita boleh katakan bahawa 90 peratus dan ke atas orang Cina
sangat terpengaruh, mengatakan RUU 355 ini road to hudud.
“(Hakikatnya) mereka tidak faham dengan isu sebenar dan
telah dimomokkan dengan perkara yang salah. Mereka menjadikan itu sebagai asbab
untuk membenci Pas,” katanya ketika ditemui pada Seminar Budaya Politik Matang
dan Sejahtera Zon A (Rasah, Rembau, Teluk Kemang dan Seremban) di Dewan
Aspirasi, Lavender Heights, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustafa
Daharun tetap optimis dengan usaha yang mereka lakukan.
“Harapan kita cukup besar agar masyarakat seluruhnya,
khususnya yang kuat menentang RUU355 ini (akan) semakin berkurangan. Macam
dululah, masa (kewujudan) bank Islam.
“Apabila mereka melihat kebaikannya, penentangan itu akan
reda. Seterusnya, apa yang kita utarakan akan dapat dilaksanakan dengan baik,”
katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)