PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 27 Mei 2015

PAS DUN Kota kesal jalan Kota – Astana Raja sering rosak

Rembau 27 Mei 2015 – PAS DUN Kota melalui Pengarah DUN Kota, Tn Hj Ishak bin Omar hari ini menyatakan kekesalan mereka atas kualiti jalan Kota – Astana Raja yang rosak walaupun baru lepas sehari diturap. Pada 26 Mei 2015 jalan tersebut telah dibaiki dan diturap, namun tinjauan oleh Tn Hj Ishak pada 27 Mei 2015 mendapati jalan yang baru diturap tersebut telah rosak serta boleh membahayakan pengguna jalanraya terutama penduduk kampung yang menggunakan motosikal.

Pada 26 Mei 2015 telah berlaku satu kemalangan maut di jalan ini.

Tn Hj Ishak juga mengatakan lori berat yang berkemungkinan besar lebih muatan sering menggunakan jalan ini yang memburukkan lagi keadaan jalan di sini.

Sehubungan dengan itu Tn Hj Ishak menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi menjaga kepentingan dan keselamatan penduduk di sini terutamanya orang kampung.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan