PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 31 Mei 2015

Program ziarah JPRD Kota pada 31 Mei 2015

Program ziarah JPRD Kota pada 31 Mei 2015 mengunjungi Tn Hj Baharudin Ali dan Tn Hj Shamsudin Dewa. Kedua-dua mereka veteran PAS dan bekas calon DUN Kota dalam beberapa pilianraya umum pada tahun 80an dan 90an.

Selepas ziarah diadakan sesi minum petang dan sesi perbincangan JPRD Kota bersama petugas di Markas PAS Pekan Kota, sebelah Pejabat Pos. Antara perkara yang dibincangkan ialah Program Infaq Ramadhan, Gotong Royong, program semasa dan program bersama masyarakat.





Sabtu, 30 Mei 2015

Ziarah Veteran PAS DUN Kota

Satu program ziarah veteran PAS DUN Kota akan diadakan pada Ahad 31 Mei 2015 jam 3 ptg. Progrma kali ini ialah ziaran Tn Shamsudin bin Dewa di Kg Semerbok dan Tn Baharudin Ali di Kg Astana Raja. Tuan Shamsudin menjadi calon pilihanraya umum tahun 1990 sementara Tn Baharudin pada tahun 1995.

Kesal jalan kerap rosak


Kesal jalan kerap rosak
29 Mei 2015

KOTA – Rata-rata penduduk dan pengguna jalan raya dari Kampung Astana Raja ke Pekan Kota berasa kesal dan kecewa apabila laluan berkenaan sering rosak teruk dan ada kalanya kerja-kerja pembaikan tidak meletakkan sebarang tanda amaran.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi Selasa lalu kejadian mendapati laluan berkenaan masih belum berturap dan tiada kon atau tanda amaran diletakkan di beberapa tempat, bagaimanapun, pada keesokan harinya laluan berkenaan telah diturap namun masih rosak.

Menurut seorang pengguna jalan raya, Ishak Omar, 55, sebelum ini dia berasa agak kecewa apabila melalui jalan yang rosak berkenaan berikutan bukan hanya satu lokasi, tetapi membabitkan lebih daripada dua tanpa ada sebarang amaran diletakkan.

“Bagaimanapun, pada pagi hari Rabu lalu, saya lihat jalan ini sudah diturap. Saya tidak tahu sama ada jalan ini diturap disebabkan insiden kemalangan hari sebelumnya atau sememangnya sudah termasuk dalam jadual masa kerja mereka.

“Bagaimanapun, apa yang saya kesalkan walaupun berturap, jalan ini masih lagi rosak dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Oleh itu, saya sangat berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau kerja-kerja pembaikan jalan supaya ia mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan,” katanya yang menetap di Kampung Baru Penajih.

Ishak berkata, kerja membaik pulih jalan sambil lewa hanya akan menyebabkan hasil yang tidak berkualiti dan kerosakan berkenaan kebiasaannya berulang kembali seperti yang terjadi di jalan berkenaan.


Rabu, 27 Mei 2015

PAS DUN Kota kesal jalan Kota – Astana Raja sering rosak

Rembau 27 Mei 2015 – PAS DUN Kota melalui Pengarah DUN Kota, Tn Hj Ishak bin Omar hari ini menyatakan kekesalan mereka atas kualiti jalan Kota – Astana Raja yang rosak walaupun baru lepas sehari diturap. Pada 26 Mei 2015 jalan tersebut telah dibaiki dan diturap, namun tinjauan oleh Tn Hj Ishak pada 27 Mei 2015 mendapati jalan yang baru diturap tersebut telah rosak serta boleh membahayakan pengguna jalanraya terutama penduduk kampung yang menggunakan motosikal.

Pada 26 Mei 2015 telah berlaku satu kemalangan maut di jalan ini.

Tn Hj Ishak juga mengatakan lori berat yang berkemungkinan besar lebih muatan sering menggunakan jalan ini yang memburukkan lagi keadaan jalan di sini.

Sehubungan dengan itu Tn Hj Ishak menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi menjaga kepentingan dan keselamatan penduduk di sini terutamanya orang kampung.





KULIAH UMUM



KULIAH UMUM
Disampaikan oleh Ustaz Mohd Ghazali Yunus
Sabtu,  30 Mei 15
Selepas Maghrib
Di Surau Kg Perigi Batu, Penajis, Rembau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


Usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau



Usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau di PASTI Al Amin, Kg Pulau Bukit, Chengkau pada 26 Mei 2015.




Rabu, 20 Mei 2015

KULIAH BULANAN




KULIAH BULANAN
Bersama Ustaz Mohd Fuad Othman
Sabtu, 23 Mei 2015
Selepas solat Maghrib
Di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


Isnin, 18 Mei 2015

Selamatkan Wang Penyimpan Tabung Haji


Pengarah JPRD Kota turut bersama di Pejabat Tabung Haji Seremban, Terminal 1 pada 15 Mei 2015.

Sabtu, 16 Mei 2015

Sekitar majlis minum petang

Sekitar majlis minum petang meraikan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT di Teratak Amal, Sg Layang, Rembau pada 16 Mei 2015.




Rabu, 13 Mei 2015

Program Ziarah Warga Emas


Program ziarah dan menyampaikan sumbangan untuk warga emas oleh muslimat DUN Kota di Kg Chengkau Ulu pada 13 Mei 2015.

MAJLIS MINUM PETANG SERTA MERAIKAN PELAJAR KE IPT




MAJLIS MINUM PETANG SERTA MERAIKAN PELAJAR KE IPT

Tarikh : 16 Mei 2015, Sabtu
Masa : 5 ptg
Tempat : Teratak Amal, Sg Layang, Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Ishak Omar 0123494041 , Pengarah JPRD Kota

Aturcara :
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pengarah JPRD
Ucapan Sdr Mohammad Hassan Tamby, Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau
Penyampaian Cenderahati
Jamuan
Bersurai

Selasa, 12 Mei 2015

Ziarah veteran PAS

Pengarah JPRD Kota, Tn Hj Ishak Omar beserta rombongan menziarahi veteran PAS, pakcik Bakar di Kg Batang Nyamor.


Sabtu, 9 Mei 2015

Bantuan modal perniagaan

Pengarah JPRD Kota, Tn Hj Ishak Omar, menyampaikan bantuan modal perniagaan kpd peniaga buah potong, En Ramli dari Kg Penajis, Rembau selepas usrah di Sawah Raja


Konvoi ARC di Astana Raja

Konvoi ARC , Dewan Pemuda PAS N.Sembilan di Masjid Lama Astana Raja pada Sabtu 9 Mei 2015






Jumaat, 8 Mei 2015

Sekitar Kuliah Muslimah

Kuliah muslimah yang telah diadakan pada Sabtu 2 Mei 2015 di Surau Kg Perigi Batu, Penajis oleh Ustazah Rashidah.