PAS DUN KOTA
Ahad, 29 Disember 2013
Selasa, 17 Disember 2013
Rembau banyak kerbau bebas, membahayakan pengguna jalanraya
17 Disember 2013 - Kereta sepasang suami isteri remuk
apabila mereka merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba muncul di Kilometer 29,
Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Batu, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 10.10 malam itu, mangsa, Lim Ah
Sai, 58, dan isterinya Kee Ai Cheang, 50, dalam perjalanan pulang dari Seremban
menuju ke kediaman mereka di Taman Indah, Tampin.
“Keadaan jalan yang gelap menyukarkan saya melihat kerbau
yang berwarna agak gelap melintas di jalan ini.
"Saya harap agar binatang ternakan ini dapat diletakkan
di dalam kandang kerana ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya,”
katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini,
malam kelmarin.
Ahad, 15 Disember 2013
Tidur tak lena setiap kali hujan
16 Disember 2013
REMBAU – Lima beranak di Kampung Kendong, dekat sini tidak
dapat tidur lena setiap kali hujan lebat berikutan bimbang rumah mereka dinaiki
air.
Halimah Moidin, 54, yang juga seorang ibu tunggal berkata,
masalah berlaku apabila longkang di belakang rumahnya tidak menampung air yang
datang dari pembinaan jalan baru di jalan utama Seremban - Tampin bagi projek
pembinaan landasan kereta api berkembar.
Sejak dua bulan lalu, katanya, limpahan air itu juga
menyebabkan tebing di belakang rumahnya runtuh sedikit demi sedikit sehingga
menghampiri bahagian dapur rumah yang sudah diduduki sejak 20 tahun lalu.
"Bagi mengelakkan perkara tidak diingini, anak saya
meletakkan zink di bahagian luar biliknya yang turut berada di bahagian
belakang rumah sebagai langkah berjaga-jaga.
“Anak saya bimbang dengan kemungkinan jika sedang tidur
bahagian biliknya akan dihanyutkan. Jadi bila terdengar bunyi zink, dia dapat
mengagak sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” katanya ketika ditemui di
rumahnya, semalam.
Sementara itu, Halimah berkata, dia sekeluarga pasti akan
berpindah ke bahagian hadapan rumah dan tidur di ruang tamu apabila hujan lebat
serta mengintai ke bahagian belakang rumah yang sering banjir.
“Kalau tak hujan tiada apa yang perlu dibimbangkan tetapi
jika hujan, kehidupan kami lima beranak sangat resah.
“Jadi kami sangat berharap pihak bertanggungjawab dapat
meninjau masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Sebelum ini, jiran saya
sudah memaklumkan masalah ini kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga
hari ini tiada pihak yang datang melihatnya," katanya.
Rabu, 11 Disember 2013
PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH
PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH
Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau (DPPKR) mengalu-alukan
kepada mereka yang ingin menyumbang untuk “Program Bantuan Jom Ke Sekolah”
untuk disalurkan kepada keluarga miskin serta anak-anak yatim di sekitar Parlimen
Rembau menjelang sesi persekolahan 2014 nanti.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam :
Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN REMBAU (DPPKR).
No Akaun Bank Islam : 050-120-10065457
Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-6608271 (Farhan – DPPKR)
Selasa, 10 Disember 2013
Pasar Malam Kota di Rembau akan ditutup mulai Januari 2014?
Jika benar, tahniah kepada pengundi di DUN Kota dan Parlimen
Rembau
Sumber dari Facebook www.facebook.com/PASN9
Assalamualaikum WM Wbr.,
Pagi ni saya pergi Pekan Kota dan ternampak kain rentang
besar yang dipasang oleh pihak Majlis Daerah Rembau mengatakan bahawa Tapak
Pasar Malam Kota akan ditutup mulai 1hb Januari 2014. Pekan Kota tidak akan ada
lagi Pasar Malam, dan perkembangan ini amatlah mengecewekan, bukan sahaja
kepada para peniaga Pasar Malam yang hampir 100% Melayu tetapi juga penduduk
seluruh Mukim Kota ini.
Penutupan ini khabarnya dilakukan tanpa sebarang mesyuarat
bersama para peniaga dan notis tiba-tiba sahaja dikeluarkan.
Ini adalah kerana Tapak Pasar Malam tersebut diadakan di
lapangan kenderaan di hapan premis perniagaan mereka dan mengganggu kedatangan
pelanggan ke kedai mereka. Ini tidak boleh diterima kerana Pasar Malam tersebut
telah bertahun-tahun dijalankan di sana dan hanya diadakan dari jam 5 ptg
sehingga jam 10 mlm hanya setiap hari Isnin, iaitu sekali sahaja seminggu.
Alasan yang didengari, ada peniaga tidak membayar sewa atau
berlesen, jika ada yang tidak membayar sewa tapak atau tidak berlesen sekalipun
kenapa tidak senarai hitamkan sahaja, kenapa pula semua dikenakan tindakan.
Alasan lain pula kerana berlaku kesesakan lalulintas di
tepian jalan besar dan dikhuatiri berlaku kemalangan. Malangnya tidak ada lagi
seperti itu.
Alasan demi alasan yang diberikan nampaknya tidak kukuh dan
goyah. Minta semua pihak yang menyokong Pasar Malam diteruskan menyatakan
sokongan, dan minta pihak atasan menyiasat perkara ini demi kebaikan para
peniaga Melayu dan para penduduk sekeliannya.
Jumaat, 23 Ogos 2013
Dipukau pasangan Arab
23 Ogos 2013
REMBAU – Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM300
selepas dia dipukau oleh pasangan Arab di premis perniagaannya di Pekan Kota,
dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa, Chew Yin,
39, berada seorang diri di dalam kedai dan didatangi pasangan Arab yang menaiki
sebuah kereta jenis Toyota Camry yang ingin membeli air minuman di kedainya.
Suami mangsa, Tee Ah Beng, 50, berkata, isterinya itu pada
mulanya menyedari pasangan Arab berkenaan membelek-belek air dan makanan di
dalam kedai, namun mula tidak sedarkan diri selepas salah seorang pasangan berkenaan
menyerahkan RM4 dan berbual dengannya.
Menurutnya, pasangan Arab berkenaan seolah-olah bercakap
sesuatu dengan isterinya sewaktu dia ingin memulangkan wang baki.
"Bermula dari situ, isteri saya dipukau dan apabila
sedar, wang tunai jualan berjumlah lebih RM300 sudah lesap.
"Pasangan Arab ini
hanya mengambil wang sahaja dan imej mereka berjaya dirakam melalui kamera
litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai," katanya ketika ditemui di
lokasi kejadian, dekat sini, semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)