PAS DUN KOTA
Selasa, 20 Disember 2016
Britain, NATO Dituduh Dalang Pembunuhan Duta Rusia
Britain, NATO Dituduh Dalang Pembunuhan Duta Rusia
MStar 20 Dis2016
Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)
diheret sama dalam kes pembunuhan Duta Rusia ke Turki pada Isnin selepas
kedua-dua pihak itu didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden
terbabit.
Mangsa, Andrey Karlov dibunuh oleh polis Tukri, Mevlut Mert
Altintas, 22, dalam kejadian yang disifatkan Rusia sebagai tindakan keganasan.
Namun pemimpin kumpulan ultranasionalis Rusia, Vladimir
Zhirinovsky mempersalahkan Britain atas kejadian tragis itu dengan dakwaan
insiden itu bertujuan menghalang lawatan akan datang Presiden Turki, Recep
Tayyip Erdogan ke Moscow untuk mengukuhkan hubungan dengan Presiden Vladimir
Putin.
"Blok Barat cuba mencetuskan perbalahan antara kita
(Turki dan Rusia). Semua konflik didalangi oleh Britain.
"Insiden tersebut dilakukan dengan sengaja bagi
menjejaskan lawatan Erdogan. Kini lawatan itu pasti akan ditangguhkan,"
katanya.
Sementara itu, Senator Rusia, Frantz Klintsevich yang juga
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Rusia, menuding jari
kepada NATO ekoran pembunuhan Karlov.
"Mungkin kejadian itu didalangi Daesh atau pemberontak
Kurdis yang cuba menggugat kedudukan Erdogan.
"Tetapi kemungkinan besar wujud gerakan daripada
perkhidmatan rahsia NATO dalam insiden berkenaan.
"Tragedi yang berlaku merupakan satu provokasi jelas
dan cabaran besar kepada Rusia," katanya.
Dalam kejadian terbabit, Karlov, 62, ditembak sebanyak
sembilan das oleh Mevlut ketika beliau sedang menyampaikan ucapan pada satu
majlis pameran seni di Ankara.
Mevlut kemudiaan ditembak mati oleh pihak berkuasa Turki dan
polis turut menahan ibu serta kakak suspek untuk membantu siasatan.
'BN tetap menang walau ramai tak sokong Najib'
'BN tetap menang walau ramai tak sokong Najib'
Malaysiakini 20 Dis 2016
Barisan Nasional (BN) tetap akan memenangi pilihan raya umum
(PRU) ke 14 akan datang sekali gus mengekalkan kuasa sebagai pemerintah
meskipun ada yang mendakwa negara kini berdepan dengan krisis keyakinan rakyat
semakin kronik.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim
Ali berkata, ini kerana terlalu banyak faktor yang membantu kemenangan BN.
"Melalui kaji selidik yang dibuat 90 peratus rakyat
tolak Najib, semua tolak Najib, budak sekolah pun tolak Najib.
"Tapi dia kata BN tak akan kalah. Pelik tak?
"Sebab pilihan raya ini saya nak bagi tahu bukan
semata-mata isu, bila datang pilihan raya ia banyak sebab seperti jentera
pilihan raya, cara kempen di mana untungnya BN dia menguasai media dan
kerajaan, polis dan tentera ikut dia (BN) dan pengundi di Malaysia ini pula
berterabur dengan macam-macam latar belakang geografi," kata Ibrahim dalam
wawancara eksklusif bersama Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita di ibu
pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.
Ibrahim berkata demikian mengulas apakah BN mampu bertahan
dan terus kekal berkuasa pada PRU akan datang dengan krisis keyakinan rakyat
yang semakin kronik hari ini.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata apa yang dinyatakan itu
benar tapi untuk rakyat tidak memilih BN dan mengundi pembangkang tidak akan
berlaku.
"Kalau orang tak sokong BN sebab harga barang naik,
1MDB atau krisislah, ia betul. Tetapi pada masa yang sama walaupun ada yang tak
puas hati semua ini (krisis) dia tidak sanggup lagi undi pembangkang kerana
mereka pun berkecamuk," kata Ibrahim.
Tambah, Ibrahim yang juga bekas anggota Parlimen Pasir Mas
itu kemenangan BN juga turut dibantu pengundi luar bandar yang merupakan
deposit tetap BN.
"Sebab macam kerusi-kerusi Felda, luar bandar yang ada
kerusi Melayu yang masih berharap kepada kerajaan. Ini Najib pandai, RM200,
RM300, RM500 untuk pekebun getah, untuk nelayan.
Projek pelabuhan Melaka menimbulkan persoalan tentang matlamat strategik China
Projek pelabuhan Melaka menimbulkan persoalan tentang
matlamat strategik China
Straitstimes Nov 14, 2016
Sebuah pelabuhan RM43 bilion sedang dibangunkan di Melaka
bertujuan untuk mengatasi Singapura sebagai pelabuhan yang terbesar di rantau
ini, tetapi soalan yang dibangkitkan mengenai keperluan dan sama ada penyertaan
China mempunyai kaitan dengan perniagaan atau kepentingan strategik di Selat
Melaka.
Melaka Gateway ialah usaha sama antara Kuala Lumpur dan
Beijing untuk meningkatkan perdagangan dua hala dalam bidang perkapalan dan
logistik yang merangkumi Laluan Sutera Laut China.
Syarikat China iaitu Guangxi Beibu International Port Group
sudah memiliki 40 peratus kepentingan dalam pelabuhan Kuantan, dan 49 peratus kepentingan
di Taman Perindustrian Kuantan.
Pihak Malaysia melalui KAJ Developments dan syarikat gergasi
tenaga PowerChina International, akan membentuk satu usaha sama akan
membelanjakan RM30 bilion untuk projek penambakan tiga pulau di luar pantai
Melaka. Keseluruhan Melaka Gateway akan siap pada 2025 dimana pelabuhan laut
dalam dijangka siap pada 2019. Kerajaan Malaysia berharap dapat menarik 100,000
kapal di pelabuhan ini, sebahagian besarnya dari China.
"Seprti tidak logik kepada projek Melaka Gateway ini,
ramai yang mempersoalkan jika ini mempunyai lebih berkaitan dengan ketenteraan
berbanding kepentingan komersial," menurut pakar logistik kepada The
Straits Times.
Menurut sumber, pulau-pulau yang ditambak akan diberikan
status pegangan bebas dan pelabuhan diberikan konsesi 99 tahun.
Kehadiran tentera China di seluruh perairan Malaysia telah
meningkat dengan ketara sejak tahun lalu. Pada bulan September tahun lepas,
ketiga-tiga cabang angkatan tentera China mengambil bahagian dalam enam hari
latihan bersama pada "bencana" di Selat Melaka.
China juga telah mendapat akses ke Kota Kinabalu, pendaratan
penting di Sabah berhampiran dengan Kepulauan Spratly yang dipertikaikan.
Selasa, 29 November 2016
Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya
Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran NGO-NGO
Islam Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh: 4 Disember 2016
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat
Malaysia bersama dengan umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau
secara zalim dari tanah air mereka.
Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta
tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara. Antara tokoh yang akan bersama
dalam himpunan ini ialah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib
Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang turut diberi penghormatan untuk
menyampaikan ucapan dan pandangannya bagi menangani isu Rohingya.
Tokoh-tokoh agamawan seperti para mufti, kadi, imam dan para
pendakwah turut akan hadir bagi menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya.
Selain mereka juga akan memimpin solat hajat dan munajat.
Marilah kita sama-sama menjayakan Himpunan Solidariti Ummah
untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita
dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka
dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi rejim yang kejam.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS - HARAKAHDAILY 30/11/2016
Ahad, 27 November 2016
SAVE ROHINGYA: Bantuan Kemanusiaan Masyarakat Rohingya
SAVE ROHINGYA: Bantuan Kemanusiaan Masyarakat Rohingya
Mereka dizalimi dan dibunuh
Mereka dihalau
Kediaman mereka dibakar
Kini musim hujan
Mereka kebuluran dan kesejukan
Sumbangan anda akan dihantar kepada masyarakat Rohingya:
1. Kewangan
2. Ubat-ubatan
3. Selimut, pakaian
Sila salurkan sumbangan ke CIMB (Yayasan Amal Malaysia)
8600-296-190
Atau hubungi:
1. 03-89280660 Pejabat Yayasan Amal Malaysia
2. 0182226796 Hj Jamulidin Elias
3. 0199831927 Hj. Zaman Abdullah
#saverohingya
#amalmalaysia
Langgan:
Catatan (Atom)





