PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 13 September 2016

Laporan Program Korban PAS Rembau di Paroi 2016.



Laporan Program Korban PAS Rembau di Paroi 2016.

Korban sebanyak 7 ekor lembu di Flat Tmn Cengal Utama (1 ekor), Flat Tmn Fasuarina(1 ekor), Flat Seroja (3 ekor) dan Pusat Aduan Rakyat DUN Paroi (2ekor).

Sumbangan daging korban untuk asnaf dari sumber lain 385 bungkus

Agihan korban untuk peserta, petugas dan asnaf di PPR Paroi, Flat Senawang, Senawang Jaya, Tmn Kobena, Taman Sri Kasih, Tmn Tasik Jaya dan sekitarnya.

Jumlah agihan korban sebanyak 575 bungkus telah dibuat untuk 2 hari program korban khususnya kepada 435 asnaf yang berdaftar.








Awak duduk dalam kapal lanun. Ingat awak boleh jadi Imam? Mampus awak




"Adakalanya saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini" - Bekas Menteri Kewangan II, DS Ahmad Husni Hanadzlah

Tajuk utama Sinar Harian Edisi Johor 11 September 2016 tentang cerita peletakan jawatan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Antara pendedahannya yang patut membuka mata si buta:

1- "Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggapkan tekanan darah tinggi selama 5 jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada. Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam Kabinet atau tidak? Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?".

2- Beliau pernah bekerja di anak syarikat sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1980-an. Di situ beliau terdedah dengan tingkah laku sesetengah pemimpin yang menggunakan syarikat tersebut yang memgumpul kekayaan. Beliau melaporkan pada pucuk pimpinan. Malangnya tiada tindakan diambil. Sebaliknya, seorang pegawai kanan agensi tersebut berkata kepada beliau "Awak duduk dalam kapal lanun. Ingat awak boleh jadi Imam? Mampus awak!"

3- "Dalam konteks kewangan kerajaan, uruslah kewangan secara berhemah. Pemberian tender hendaklah secara telus. Projek PPP mestilah dikaji mendalam dari konteks value for money."

4- Di Parlimen nanti, saya akan menyuarakan prinsip good governance yang harus menjadi asas kepada pemerintah untuk membawa kesejahteraan kepada masa depan negara dan rakyat. Kerajaan hendaklah bersih, cekap dan amanah berpegang kepada prinsip digniti dan integriti supaya rakyat boleh berpaut demi masa depan mereka. Alangkah indahnya dunia jika semua ini terjadi?"

Isnin, 12 September 2016

Program Korban anjuran PAS Kawasan Rembau di DUN Kota



Program Korban anjuran PAS Kawasan Rembau di DUN Kota pada 10 Zulhijjah 1437. Terima kasih kepada para petugas, peserta dan penyumbang.








 













Program Korban anjuran PAS Kawasan Rembau di DUN Paroi



Program Korban anjuran PAS Kawasan Rembau di DUN Paroi pada 10 Zulhijjah 1437. Terima kasih kepada para petugas, peserta dan penyumbang.










Tahniah Pemuda PAS Rembau



Sinar Harian 11 September 2016