PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 23 Mei 2016

UNTUK MU PALESTIN, SELAMATKAN AL-QUDS


"UNTUK MU PALESTIN, SELAMATKAN AL-QUDS" , bersama Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin-Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr. Naji As-Sirhi-Wakil Hamas, Ust Mustafa Daharun-PJ PAS N9
Khamis, 26 Mei 2016 di Tapak PAS Seremban, Jln Jelebu.

Aturcara :
7.11 Solat Maghrib & Hajat Berjemaah
7.30 Tahlil Perdana
8.00 Tazkirah
8.32 Solat Isya
8.50 Jamuan
9.30 Ceramah
9.40 Ucapan Ketua Penerangan
9.55 Ucapan PJ Ust Mustafa
10.10 Ceramah Ir Hj Khalil
10.40 Ceramah Dr. Naji As-Sirhi, Wakil Hamas
11.40 Tamat


Rabu, 18 Mei 2016

Program Sumbangan Ramadhan



PAS Kawasan Rembau kini menawarkan peluang kepada mereka yang ingin menyumbang untuk membantu keluarga fakir, miskin, anak yatim serta golongan yang memerlukan samada dalam bentuk barangan makanan asas atau pun kewangan sempena Ramadhan 1437H. Antara barangan makanan asas yang diperlukan untuk agihan dengan sasaran 1,000 keluarga pada tahun ini ialah beras pek 5kg, minyak masak 1kg, tepung 1kg serta gula 1kg. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Pn Hjh Masita 0192655059 atau Pn Rusilah 0193572101. Atau salurkan ke akaun : PAS Kawasan Rembau, Bank Islam 05012010073347



KULIAH UMUM



KULIAH UMUM
Oleh Ustaz Mohd Fuad Othman
Sabtu, 21 Mei 2016
Selepas Maghrib
Di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau
Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir


Khamis, 12 Mei 2016

Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan raikan jururawat



Sempena Hari Jururawat pada 12 Mei 2016, Amalnita - Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan telah meraikan para jururawat di Klinik Kesihatan Kota, Rembau. Pn Masita Ali selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan telah menyampaikan cenderahati kepada para jururawat di klinik tersebut. Turut hadir ialah Sdr Izamri Med selaku Pegawai Khas Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan. Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan kalian dalam memastikan mutu perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.





Rabu, 11 Mei 2016

KULIAH AGAMA



KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Muhammad Farid Hadhari bin Mohamed Rusdi
Tarikh : 14 Mei 2016, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Kg Perigi Batu, Penajih, Rembau
Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir


Selasa, 10 Mei 2016

Bimbang air melimpah masuk kedai



Bimbang air melimpah masuk kedai
11 Mei 2016


KOTA – Peniaga di Pekan Kota, di sini, berasa bimbang apabila air bertakung berhampiran premis perniagaan mereka lebih-lebih lagi semasa hujan lebat berisiko untuk melimpah masuk ke dalam kedai.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati takungan air berkenaan terjadi susulan jalan yang diturap tidak rata dan lebih tinggi bagi projek pembangunan baru sehingga menyebabkan air bertakung berhampiran premis rumah kedai.

Menurut peniaga, Yuu Yoe Lan, 55, masalah itu bukannya baru sebulan dua berlaku bahkan sudah berlanjutan sejak pertengahan tahun lepas lagi sehingga ada pihak datang untuk melihat aduan telah dibuat penduduk.

“Masa projek berkenaan siap lagi saya sudah cakap pada pekerja projek tindakan mereka menurap jalan lebih tinggi di bahagian tengah akan menyebabkan air bertakung berhampiran bangunan rumah kedai.

“Tapi tiada sebarang tindakan sehinggalah apa yang saya risaukan berlaku air takungan hampir melimpah masuk ke dalam kedai,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi, di sini, semalam.

Yoe Lan berkata, walaupun hujan tidak sampai sejam, namun sekiranya lebat air yang bertakung sudah melimpah sehingga ke hadapan kedai dan hanya menunggu masa sahaja melimpah ke dalam kedai.

Menurutnya, kedainya yang paling berisiko mengalami kerugian kerana terletak betul-betul bersebelahan dengan takungan air lebih-lebih lagi dia menjalankan perniagaan perabot.

“Bayangkanlah jika air takungan melimpah masuk, semua perabot rosak dan tentunya saya akan mengalami kerugian yang besar. Saya harap pihak bertanggungjawab iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat meratakan kembali laluan ini bagi mengelakkan air bertakung di sebelah kedai.

“Bukan hanya bimbang air melimpah masuk ke kedai tetapi takungan air ini juga berpotensi untuk menjadi tempat biak Aedes," katanya