PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 9 Mac 2017

Guru cuti tanpa gaji demi anak


Guru cuti tanpa gaji demi anak
10 Mac 2017

REMBAU - Seorang guru terpaksa mengambil keputusan sukar bercuti tanpa gaji demi menjaga anak bongsunya yang menghidap sakit saraf (cerebral palsy).

Guru, Noor Akmar Mahmood, 35, berkata, dia nekad membuat keputusan itu walaupun gusar terpaksa berhadapan masalah kewangan bagi menampung perbelanjaan perubatan dan keperluan anaknya.

Menurutnya, untuk tahun ini sahaja, anaknya, Muhammad Arsyad Riffat yang baru berusia setahun tiga bulan sudah lima kali dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan dia juga sudah kehabisan cuti menyebabkannya perlu mengambil cuti tanpa gaji sejak dua minggu lalu.

“Saya nak juga bawa anak dapatkan rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras sehingga dia boleh gerakkan saraf.  Saya mahu berada disamping anak dalam tempoh rawatan ini.

“Kata orang rugi kalau saya ambil cuti tanpa gaji kerana tindakan itu akan bagi kesan kepada rekod persaraan saya nanti tapi bagi saya biarlah saya usaha dari awal... sekurang-kurangnya anak saya mampu mengerakkan sarafnya seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

Noor Akmar berkata demikian ketika ditemui sempena Lawatan Muslimat Quran Rembau dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Kampung Batu, di sini, kelmarin.

Tanbah Akmar, apa yang dirisaukannya kini ialah perbelanjaan perubatan serta keperluan anaknya memandangkan gaji bersih yang diterima kira-kira RM1,200 sahaja.

Menurutnya, dia sebelum ini ada membuat pinjaman serta menjadi penjamin sehingga menyebabkan dia mempunyai hutang lebih RM2,000 pada setiap bulan untuk dilunaskan.

“Jadi nak tak nak saya pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk minta bantuan, namun sebaik mereka tahu pekerjaan saya mereka tidak dapat membantu saya.

“Saya bimbang dan berharap agar agensi ini dapat bantu saya sekurang-kurangnya untuk keperluan susu khas anak saya yang dianggarkan sekitar RM400 sebulan  serta perbelanjaan pengangkutan ke hospital," katanya.

Akmar berkata, dia berharap agar niatnya untuk fokus terhadap perawatan saraf anaknya akan dapat berjalan dengan lancar.

Sempena lawatan itu, Muslimat Quran Rembau dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan buat keluarga berkenaan.




Isnin, 30 Januari 2017

Tabung Pilihanraya Umum Ke-14 PAS Rembau



Tabung Pilihanraya Umum Ke-14 PAS Rembau. Sila salurkan salurkan ke akaun PAS Kawasan Rembau, Bank Islam 05012010073347 atau hubungi Bendahari PAS Rembau, Khairil Fitri 0166669703

SENARAI MADRASAH, SEKOLAH TAHFIZ, RUMAH ANAK YATIM DI REMBAU

SENARAI MADRASAH, SEKOLAH TAHFIZ, RUMAH ANAK YATIM DI REMBAU


DARUL TAHFEEZ AD DANDARAWIYAH
Untuk pelajar perempuan sahaja berumur 7 tahun ke 12 tahun
Lot 2458 Seri Kendong , 71350 Kota
Hubungi Pn Hjh Rina 016-5530025 atau 06-4381242

SEKOLAH TAHFIZ ARABIC AL-GONTORY
Chengkau, Rembau
Untuk pelajar lelaki sahaja
Hubungi : Ustaz Khairunnizam 0196969422, Pn Rusilah 0193572101

MADRASAH AZ ZAKIRIN
Kg Padang Besar, Chengkau, Rembau
Untuk pelajar lelaki sahaja
Hubungi : Ustaz Zakaria bin Talib 010-4019815

MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
Bongek, Rembau
Untuk pelajar lelaki sahaja
Hubungi : Ustaz Faizal 013-2300595

RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN PEYAKIN
47, Jalan DPK 7, Taman Desa Permai, Kundur, Rembau
Untuk lelaki dan perempuan berumur dari 7 tahun ke 17 tahun
Hubungi : Omar 0196955959, Ija 0192923359


Ahad, 8 Januari 2017

PELANCARAN KEMPEN PAS PILIHANKU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN



PELANCARAN KEMPEN PAS PILIHANKU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Serta Taklimat Pengurusan Mesyuarat Agung dan Muktamar Tahunan Cawangan, dan Kawasan

Tarikh : 15 Januari 2017, Ahad
Masa : 8 pagi - 1 tgh
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Seri Pagi, Senawang

Pendaftaran RM20 seorang

Anjuran : Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan



Selasa, 3 Januari 2017

Jom menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum Ke-14 PAS Rembau



Jom menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum Ke-14 PAS Rembau. Sila salurkan salurkan ke akaun PAS Kawasan Rembau, Bank Islam 05012010073347 atau hubungi Bendahari PAS Rembau, Khairil Fitri 0166669703

Tegakkan Keadilan, Hapuskan Kezaliman


DIALOG PILIHANRAYA & PELANCARAN TABUNG PRU14 PAS PARLIMEN REMBAU



DIALOG PILIHANRAYA & PELANCARAN TABUNG PRU14 PAS PARLIMEN REMBAU SERTA MAJLIS JAMUAN TEH

Bersama YB Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus
- Ahad, 15 Januari 2017
- Jam 3 ptg - 6 ptg
- Di Yours Family Hotel, Taman Dato Lela Maharaja, Chembong, Rembau

Semua Dijemput Hadir

- Pertanyaan hubungi Hj Ishak 0123494041.
- Untuk sumbangan sila salurkan ke akaun atas nama PAS Kawasan Rembau, Bank Islam 05012010073347