PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 20 Disember 2016

Projek sakit, jejas imej



Projek sakit, jejas imej
21 Disember 2016

SEREMBAN - Melihat adanya bangunan terbiar dan usang tentunya ‘sakit mata’ apa­tah lagi lokasinya terletak di tengah-tengah pusat bandar.

Selain berisiko roboh dan mencacatkan pemandangan, bangunan terbiar tanpa penyelenggaraan itu terus menimbulkan persoalan kepada pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

Siapakah bertanggungjawab terhadap masalah kelewatan penyiapan projek sakit tersebut? Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau pemaju?

Bagi orang ramai yang menggunakan Jalan Tuanku Antah untuk menuju ke pusat bandar, sudah pasti akan melewati sebuah bangunan separuh siap dalam keadaan usang.

Keadaan sama juga dapat dilihat di Jalan Toman 6, Kemayan Square yang menempatkan dua buah bangunan didakwa pada asalnya untuk dijadikan hotel dan tempat letak kereta.

Utusan Malaysia difahamkan bangunan tersebut terbengkalai sejak lebih 10 tahun.

Terletak di tepi laluan utama dari Lebuhraya Bukit Nenas menuju ke Hospital Pakar KPJ dan pusat beli-belah Palm Mall, bangunan tersebut bukan sahaja berisiko kepada keselamatan tetapi juga kesihatan orang ramai.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit mendapati, persekitaran bangunan dipenuhi sampah sarap tetapi juga sisa binaan yang bersepah di sana sini.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat takungan air di bangunan tersebut yang dipenuhi jentik-jentik.

Sehubungan itu pihak berwajib digesa segera mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah tersebut agar tidak terus menjejaskan imej kerajaan negeri.




 

Gambar peragut viral di Internet





Gambar peragut viral di Internet
20 Disember 2016

Tampin: Seorang lelaki yang dipercayai bergiat aktif meragut di sekitar daerah ini dan Melaka sejak awal bulan ini, kini diburu polis.

Difahamkan, gambar lelaki terbabit yang dirakam orang awam viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, minggu lalu.

Antara komen dimuat naik termasuk ‘waspada dengan lelaki Melayu ini. kaki ragut menggunakan motosikal (Yamaha) RXZ no plat BLA931. Bergiat cergas di Gemencheh, Selandar dan Jasin’.

Sumber berkata, lelaki berusia 30-an itu menunggang motosikal Yamaha RXZ dengan mengelilingi kawasan perumahan bagi mencari mangsa.

“Lelaki terbabit menyasarkan kawasan sunyi dan golongan wanita untuk melakukan jenayah. Dia meragut barangan berharga seperti beg tangan dan barang kemas sebelum melarikan diri.

“Lelaki itu aktif melakukan kegiatan itu di beberapa kawasan di Gemencheh selain Selandar dan Jasin di Melaka. Dia dipercayai melakukan kegiatan itu pada waktu pagi ketika orang ramai keluar bekerja,” katanya.

Kenapa kompleks beli-belah D' S2 Mall di Seremban 2 ni macam suram je?


Apa yang menarik di Bazaar MAINS Seremban?


Britain, NATO Dituduh Dalang Pembunuhan Duta Rusia




Britain, NATO Dituduh Dalang Pembunuhan Duta Rusia
MStar 20 Dis2016

Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diheret sama dalam kes pembunuhan Duta Rusia ke Turki pada Isnin selepas kedua-dua pihak itu didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden terbabit.

Mangsa, Andrey Karlov dibunuh oleh polis Tukri, Mevlut Mert Altintas, 22, dalam kejadian yang disifatkan Rusia sebagai tindakan keganasan.

Namun pemimpin kumpulan ultranasionalis Rusia, Vladimir Zhirinovsky mempersalahkan Britain atas kejadian tragis itu dengan dakwaan insiden itu bertujuan menghalang lawatan akan datang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ke Moscow untuk mengukuhkan hubungan dengan Presiden Vladimir Putin.

"Blok Barat cuba mencetuskan perbalahan antara kita (Turki dan Rusia). Semua konflik didalangi oleh Britain.

"Insiden tersebut dilakukan dengan sengaja bagi menjejaskan lawatan Erdogan. Kini lawatan itu pasti akan ditangguhkan," katanya.

Sementara itu, Senator Rusia, Frantz Klintsevich yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Rusia, menuding jari kepada NATO ekoran pembunuhan Karlov.

"Mungkin kejadian itu didalangi Daesh atau pemberontak Kurdis yang cuba menggugat kedudukan Erdogan.

"Tetapi kemungkinan besar wujud gerakan daripada perkhidmatan rahsia NATO dalam insiden berkenaan.

"Tragedi yang berlaku merupakan satu provokasi jelas dan cabaran besar kepada Rusia," katanya.

Dalam kejadian terbabit, Karlov, 62, ditembak sebanyak sembilan das oleh Mevlut ketika beliau sedang menyampaikan ucapan pada satu majlis pameran seni di Ankara.

Mevlut kemudiaan ditembak mati oleh pihak berkuasa Turki dan polis turut menahan ibu serta kakak suspek untuk membantu siasatan.

'BN tetap menang walau ramai tak sokong Najib'



'BN tetap menang walau ramai tak sokong Najib'
Malaysiakini 20 Dis 2016

Barisan Nasional (BN) tetap akan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang sekali gus mengekalkan kuasa sebagai pemerintah meskipun ada yang mendakwa negara kini berdepan dengan krisis keyakinan rakyat semakin kronik.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana terlalu banyak faktor yang membantu kemenangan BN.

"Melalui kaji selidik yang dibuat 90 peratus rakyat tolak Najib, semua tolak Najib, budak sekolah pun tolak Najib.

"Tapi dia kata BN tak akan kalah. Pelik tak?

"Sebab pilihan raya ini saya nak bagi tahu bukan semata-mata isu, bila datang pilihan raya ia banyak sebab seperti jentera pilihan raya, cara kempen di mana untungnya BN dia menguasai media dan kerajaan, polis dan tentera ikut dia (BN) dan pengundi di Malaysia ini pula berterabur dengan macam-macam latar belakang geografi," kata Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.

Ibrahim berkata demikian mengulas apakah BN mampu bertahan dan terus kekal berkuasa pada PRU akan datang dengan krisis keyakinan rakyat yang semakin kronik hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata apa yang dinyatakan itu benar tapi untuk rakyat tidak memilih BN dan mengundi pembangkang tidak akan berlaku.

"Kalau orang tak sokong BN sebab harga barang naik, 1MDB atau krisislah, ia betul. Tetapi pada masa yang sama walaupun ada yang tak puas hati semua ini (krisis) dia tidak sanggup lagi undi pembangkang kerana mereka pun berkecamuk," kata Ibrahim.

Tambah, Ibrahim yang juga bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu kemenangan BN juga turut dibantu pengundi luar bandar yang merupakan deposit tetap BN.

"Sebab macam kerusi-kerusi Felda, luar bandar yang ada kerusi Melayu yang masih berharap kepada kerajaan. Ini Najib pandai, RM200, RM300, RM500 untuk pekebun getah, untuk nelayan.

Projek pelabuhan Melaka menimbulkan persoalan tentang matlamat strategik China



Projek pelabuhan Melaka menimbulkan persoalan tentang matlamat strategik China
Straitstimes Nov 14, 2016


Sebuah pelabuhan RM43 bilion sedang dibangunkan di Melaka bertujuan untuk mengatasi Singapura sebagai pelabuhan yang terbesar di rantau ini, tetapi soalan yang dibangkitkan mengenai keperluan dan sama ada penyertaan China mempunyai kaitan dengan perniagaan atau kepentingan strategik di Selat Melaka.

Melaka Gateway ialah usaha sama antara Kuala Lumpur dan Beijing untuk meningkatkan perdagangan dua hala dalam bidang perkapalan dan logistik yang merangkumi Laluan Sutera Laut China.

Syarikat China iaitu Guangxi Beibu International Port Group sudah memiliki 40 peratus kepentingan dalam pelabuhan Kuantan, dan 49 peratus kepentingan di Taman Perindustrian Kuantan.

Pihak Malaysia melalui KAJ Developments dan syarikat gergasi tenaga PowerChina International, akan membentuk satu usaha sama akan membelanjakan RM30 bilion untuk projek penambakan tiga pulau di luar pantai Melaka. Keseluruhan Melaka Gateway akan siap pada 2025 dimana pelabuhan laut dalam dijangka siap pada 2019. Kerajaan Malaysia berharap dapat menarik 100,000 kapal di pelabuhan ini, sebahagian besarnya dari China.

"Seprti tidak logik kepada projek Melaka Gateway ini, ramai yang mempersoalkan jika ini mempunyai lebih berkaitan dengan ketenteraan berbanding kepentingan komersial," menurut pakar logistik kepada The Straits Times.

Menurut sumber, pulau-pulau yang ditambak akan diberikan status pegangan bebas dan pelabuhan diberikan konsesi 99 tahun.

Kehadiran tentera China di seluruh perairan Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak tahun lalu. Pada bulan September tahun lepas, ketiga-tiga cabang angkatan tentera China mengambil bahagian dalam enam hari latihan bersama pada "bencana" di Selat Melaka.

China juga telah mendapat akses ke Kota Kinabalu, pendaratan penting di Sabah berhampiran dengan Kepulauan Spratly yang dipertikaikan.