PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 17 Mac 2016

JAMBORI KAMPUNG



JAMBORI KAMPUNG

Tarikh : 2 - 3 April 2016, Sabtu-Ahad
Tempat : Solok Sengkuang Cabin D'Village, Kg Batang Nyamor, Kota, Rembau.

Aktiviti menarik menanti, antaranya :
- Mengoca
- Panjat tiang licin
- Mengail Kampung
- Night Walk
- Jungle Trekking
- Burung Hantu
- Slow Drop

Berminat hubungi: 0108305924 Izamri , 0107902535 Azmil

Yuran Pernyertaan:
- Pelajar Sekolah/Madrasah RM15
- Dewasa RM25

Untuk lelaki sahaja. Terhad 50 peserta yang daftar awal

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan


Kuliah Umum



Kuliah Umum
Oleh Ustaz Mohd Fuad Othman
Sabtu, 19 Mac 2016
Selepas Maghrib
Di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau
Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir


Isnin, 14 Mac 2016

Adakah hospital di Sarawak akan siap lebih cepat dari Hospital Rembau



Adakah hospital di Sarawak akan siap lebih cepat dari Hospital Rembau yg acara pecah tanahnya di Chembong pd 8 Mac 2008?


Mesyuarat Agung PAS Cawangan Astana Raja



Mesyuarat Agung PAS Cawangan Astana Raja pada 14 Mac 2016 dirasmikan oleh Tn Hj Fisol, Setiausaha PAS Kawasan Rembau




Kesal khazanah sejarah terbiar



Kesal khazanah sejarah terbiar
14 Mac 2016



KOTA – Empat meriam lama yang dipercayai milik Datuk Shahbandar pada zaman dahulu kala, di Kampung Nerambai, Lubok China, di sini kini terbiar begitu sahaja sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Rozmal Malakan berkata, dia hanya mengetahui terdapat khazanah bersejarah bernilai tinggi di lokasi berkenaan sebaik diberitahu penduduk setempat setelah menjalankan program meraikan asnaf bersama DBS Bikers minggu lalu.

Menurutnya, khazanah yang mempunyai nilai sejarah buat negeri ini khususnya daerah Rembau wajar diberikan perhatian, dipulihara serta diwartakan bagi memastikan keistimewaan khazanah berkenaan dapat dikongsi bersama generasi akan datang.

“Sebaliknya, khazanah berupa empat meriam lama di kampung ini seolah-olah telah dipinggirkan dan dilupakan begitu sahaja.  Mengikut cerita yang dimaklumkan penduduk, khazanah ini milik Datuk Shahbandar yang datangnya dari Melaka selepas Melaka diserang Portugis.

“Jadi memang menjadi harapan kami agar khazanah sejarah seperti ini dapat dipulihara dan sejarahnya dikumpul serta didokumentasikan buat perkongsian dengan masyarakat setempat dan generasi akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Rozmal berkata, khazanah bersejarah seumpama itu mampu untuk menyemarakkan lagi sektor pelancongan memandangkan orang luar sering mencari khazanah seperti ini sebagai bahan kajian mereka.

Katanya, penempatan yang mempunyai khazanah seperti ini selalunya menyimpan banyak sejarah silam kehebatan bangsa kita sendiri yang harus dibuat kajian.

“Malah, kita harap agar khazanah bersejarah seperti ini juga dapat dijaga dengan baik dan tidak sesekali dicuri dan dijual bagi mendapatkan keuntungan.

“Oleh itu, kita harap agar pihak bertanggungjawab dapat memulihara kembali khazanah sejarah ini dan memastikan lokasi ini tidak terbiar lagi," katanya.


Ahad, 13 Mac 2016

Sekitar Kuliah Maghrib oleh Ustaz Farid Hadhari

Sekitar Kuliah Maghrib oleh Ustaz Farid Hadhari pada Sabtu 12 Mac 2016 di Surau Kg Perigi Batu, Penajih, Rembau




Tahniah

Tahniah PAS Cawangan Senama (Chembong), Kota Pekan (Kota), Desa Ixora (Paroi) yg telah mengadakan Mesyuarat Agung


Bantu pekerja Samsung yang akan diberhentikan