PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 10 Jun 2014

Program Menyantuni Orang Asli




Orang Asli memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah awal Negeri Sembilan khususnya di Rembau. Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama beberapa persatuan dan individu akan mengadakan program kebajikan dan dakwah di beberapa penempatan Orang Asli.

Antara sumbangan yang diperlukan semasa program ini ialah Telekung, Baju Melayu, Kain Pelikat, Sejadah, Al Quran, Muqaddam, Rehal, Buah Kurma serta Barangan Makanan Asas.

Kepada mereka yang ingin menjayakan program ini sila hubungi Tn Hj Rozmal bin Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal

Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau akaun BSN, No Akaun 0511229000158159

Sabtu, 7 Jun 2014

Jualan Amal Biskut Sempena Ramadhan


Jualan Amal “Biskut Segar Emping Jagung Dengan Kismis” (Fresh Homemade Cornflake With Raisins Biscuit) untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sempena Ramadhan untuk juadah ringan berbuka puasa atau moreh.

Dengan RM20 biskut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, rumah kebajikan, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan sebagainya.

30 peratus hasil jualan pula akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan PAS Rembau untuk agihan bantuan kepada keluarga yang memerlukan sempena Ramadhan dan Syawal.

Untuk sumbangan, tempahan, belian atau maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Rozmal bin Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau ke akaun Maybank, No Akaun 155126945930

Selasa, 3 Jun 2014

USRAH MTD KOTA



USRAH MTD KOTA
Sabtu 7 Jun 2014, jam 7.30 mlm
Di Kg Baru Penajeh, Rembau
Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Nasir 012-6920850
Anjuran PAS DUN Kota

Ahad, 1 Jun 2014

Program Membantu Golongan Memerlukan di DUN Kota (Parlimen Rembau)




Sempena bulan Syaaban, Ramadhan dan Syawal PAS DUN Kota akan mengulurkan sumbangan keperluan kepada golongan keluarga yang memerlukan di kawasan ini. PAS DUN Kota mengharapkan sumbangan berupa kewangan atau barang keperluan untuk diagihkan kepada mereka ini.

Sumbangan barangan keperluan ialah bahan makanan yang tahan lama seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu tin, biskut , sardin dan sebagainya.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Penyelaras Program, Tn Hj Nasir di talian 012-6920850

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8 ,

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atau 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM80

Ahad, 25 Mei 2014

Satu-satunya PASTI di DUN Kota, Rembau perlukan bantuan




Sejarah PAS di Negeri Sembilan bermula di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, dahulunya DUN Kota ini terletak di dalam Parlimen Tampin. DUN Kota merupakan DUN yang paling ramai majoriti pengundi Melayu di Negeri Sembilan iaitu lebih 90 peratus pengundi Melayu. Perjuangan PAS di kawasan majoriti Melayu di pantai barat ini adalah merupakan satu cabaran yang amat besar.

Walaubagaimana pun sebuah PASTI berjaya ditubuhkan di sini dengan bangunan sendiri hasil sumbangan ahli setempat dan sumbangan orang ramai sejak beberapa tahun yang lalu.

Kos pengurusan PASTI semakin hari semakin meningkat naik termasuklah kos bil elektrik, air dan perbelanjaan harian.

Sehubungan dengan itu pihak pengurusan PASTI Al Amin di DUN Kota, Rembau ini mengharapkan sumbangan kewangan dari ahli PAS khususnya di Negeri Sembilan ini samada sumbangan sekali gus atau sumbangan berkala bulanan sebanyak RM 10.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Pengurus PASTI Al Amin, Sdr Azman bin Idris di talian 019-6771495 atau boleh masukkan ke akaun CIMB, No Akaun : 05010000005208 .

Pihak pengurusan PASTI Al Amin terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi memberikan sumbangan dan sudi untuk menyebarkan rayuan sumbangan ini.

Ahad, 18 Mei 2014

CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ




CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ
Penceramah : Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin (Ex Radio IKIM)
Tempat : Madrasah Islamiah Hj Ibrahim, Bongek, Rembau
Tarikh : 27 Mei 2014, Selasa
Masa : Selepas Maghrib
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ




CERAMAH ISRAK & MIKRAJ
Penceramah : Al-Fhadil Ustaz Nor Azman bin Ahmat
Tarikh : 26 Mei 2014 bersamaan 26 Rejab 1435 Hijrah.
Hari : Isnin
Masa : Selepas Solat Maghrib.
Tempat : Masjid Semerbok, Kota, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir