Sejarah PAS di Negeri Sembilan bermula di DUN Kota dalam
Parlimen Rembau, dahulunya DUN Kota ini terletak di dalam Parlimen Tampin. DUN
Kota merupakan DUN yang paling ramai majoriti pengundi Melayu di Negeri
Sembilan iaitu lebih 90 peratus pengundi Melayu. Perjuangan PAS di kawasan
majoriti Melayu di pantai barat ini adalah merupakan satu cabaran yang amat
besar.
Walaubagaimana pun sebuah PASTI berjaya ditubuhkan di sini
dengan bangunan sendiri hasil sumbangan ahli setempat dan sumbangan orang ramai
sejak beberapa tahun yang lalu.
Kos pengurusan PASTI semakin hari semakin meningkat naik
termasuklah kos bil elektrik, air dan perbelanjaan harian.
Sehubungan dengan itu pihak pengurusan PASTI Al Amin di DUN
Kota, Rembau ini mengharapkan sumbangan kewangan dari ahli PAS khususnya di
Negeri Sembilan ini samada sumbangan sekali gus atau sumbangan berkala bulanan
sebanyak RM 10.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi
Pengurus PASTI Al Amin, Sdr Azman bin Idris di talian 019-6771495 atau boleh
masukkan ke akaun CIMB, No Akaun : 05010000005208 .
Pihak pengurusan PASTI Al Amin terlebih dahulu ingin
mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi memberikan sumbangan
dan sudi untuk menyebarkan rayuan sumbangan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan