Satu kilometer kejar pencuri
29 Ogos 2016
REMBAU - Empat sekawan tidak sempat mencuri motosikal
apabila niat mereka disedari penghuni rumah dalam kejadian di Kampung Baruh,
Chengkau, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, penghuni rumah
mengejar empat sekawan berkenaan sejauh kira-kira satu kilometer menggunakan
kereta dan berjaya menangkap seorang daripada mereka.
Menurut penghuni, Azlye Azwan Rosie, 30, ketika kejadian,
dia bersama empat ahli keluarganya masih belum tidur kerana mereka sekeluarga
menonton televisyen bersama-sama.
“Tiba-tiba kami dengar bunyi motor dan tiba-tiba enjin motor
dimatikan. Kami intai dari dalam rumah
dan nampak empat lelaki menghampiri rumah serta kawasan tempat motosikal kami
di parkir kereta.
“Kami terus suluh dengan lampu dan mereka cuba melarikan
motosikal di rumah kami. Tanpa lengahkan masa, kami kejar dengan menaiki kereta
dan berjaya menangkap seorang daripada mereka berhampiran pekan Chengkau.
“Kami terus hantar pencuri berkenaan ke Balai Polis
Kota," katanya kepada di sini, semalam.
Azlye berkata, tiga lari rakan pencuri bagaimanapun berjaya
melarikan diri, seorang daripadanya lari ke dalam semak kawasan kelapa sawit,
manakala dua lagi tidak dapat dikesan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan
Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai
pengawal keselamatan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah
jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana
mencuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan