PAS DUN KOTA
Isnin, 25 Julai 2016
Selasa, 19 Julai 2016
Tragis: Dua beranak maut digilis treler
Tragis: Dua beranak maut digilis treler
18 Julai 2016
REMBAU – Dua beranak maut dalam keadaan menyayat hati dan
tragis apabila digilis treler di persimpangan lampu isyarat Kendong Alor Gajah,
di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu, mangsa,
Muhammad Shaiful Zulkepli, 34, yang beralamat di Kampung Tanjong, Gadong dan
anak perempuannya berusia empat tahun maut di tempat kejadian.
Keadaan dua beranak yang maut digilis tayar lori treler di
persimpangan lampu isyarat Kendong Alor Gajah, di sini, petang tadi.
Sementara isterinya pula, Nor Adlina Hassan, 30, cedera di kepala
akibat jatuh dihantar ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd
Aziz berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berkenaan membabitkan dua
buah kenderaan iaitu lori treler tanpa muatan dan juga motorsikal jenis Honda
Wave dinaiki tiga beranak.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian di susur masuk ke
Alor Gajah iaitu di lampu isyarat Kendong, kedua-dua buah kenderaan telah
bergesel semasa lori treler berkenaan membelok ke Alor Gajah, sementara mangsa
pula mahu meneruskan perjalanan ke arah Rembau.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Ahad 24 Julai 2016
di Pasti Hidayah, Apt. Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang
Masa : 11pg - 2ptg
Bersama tetamu undangan : Shamsul Ghau Ghau & Angah
Salleh (bekas DJ Radio M'sia N9)
Semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Nazri Zainal
0199103431
Khamis, 14 Julai 2016
‘Susah pinggirkan PAS yang ada penyokong sanggup panjat pokok’
‘Susah pinggirkan PAS yang ada penyokong sanggup panjat
pokok’
FMT July 15, 2016
PETALING JAYA: Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus
kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan
meminggirkan PAS, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata demikian
kerana hingga ke saat ini, PAS mempunyai penyokong komited dan tegar.
“Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang
sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong PAS.
“Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang
bendera melainkan penyokong PAS dan mereka tidak lakukan itu demi wang,”
katanya.
Dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini, Farouk
menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan PAS, selagi itulah
blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.
“Jika dilihat secara praktikal, tidak. Mustahil Amanah mampu
membawa perubahan dalam PRU14.
“Bagi saya Umno akan terus kekal berkuasa dalam PRU14.
Walaupun ia diadakan sekarang atau dua tahun lagi.
“Masa terlalu suntuk, dan selagi PAS berkecuali dan berlaku
tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang,”
katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)