PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 17 September 2017

PAS Mentadbir Negeri Sembilan : Antara Harapan dan Realiti



PAS Mentadbir Negeri Sembilan : Antara Harapan dan Realiti

Sesi Diskusi Santai PRU-14 bersama Ustaz Zaharudin Muhammad, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pada hari Sabtu 23 September 2017 jam 9 malam di Dewan Al Qamar, Pusat Perniagaan Senawang Jaya.

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan sila hubungi Hj Hassan 0192171942, Hj Fisol 0193440826, Pn Masita 0192655059

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM


PAS Rembau tekan 'mod standby' PRU14



PAS Rembau tekan 'mod standby' PRU14 - Harakah 15 September 2017


Muslimat PAS N.Sembilan buat kunjungan hormat OCPD wanita

Muslimat PAS N.Sembilan buat kunjungan hormat OCPD wanita - Harakah 15 September 2017



Selasa, 12 September 2017

Jom hadir ke Kuliah Ustaz Mustafa Daharun



Jom hadir ke Kuliah Ustaz Mustafa Daharun, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan pada hari Jumaat 15 September 2017, jam 9 malam di Dewan Al Qamar, No 69-2B, Tingkat 1, Jalan MSJ 3, Medan Perniagaan Senawang Jaya.

Turut diadakan Pelancaran Jualan Amal Qamar Koko dan Jualan Dana PRU14 Qamar Koko.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Md Nazri 0196823159 atau Pn Hjh Masita 0192655059


Ahad, 10 September 2017

Projek bantuan asnaf di Rembau



Alhamdulillah, kerja pembinaan tandas dalam bilik mandi rumah dan menukar atap bilik mandi rumah makcik Zainon telah pun siap pada 10 September 2017 dengan kos cuma RM1500. Terima kasih kepada mereka yang prihatin khususnya Tn Hj Ishak Omar.

Makcik Zainon umur sekitar 80 tahun walaupun sebelah mata rabun, sebelah mata tak nampak jalan meraba-raba cekal menjaga anaknya yang OKU berusia sekitar 50 tahun di Kg Titian Bintangor, Rembau. Tandas di luar rumahnya sebelum ini terlalu uzur dengan tanah lembut boleh mendatangkan risiko.








Khamis, 7 September 2017

Projek Bantu Asnaf



Pada 6 September 2017 PAS di DUN Kota yang diketuai oleh Tn Hj Ishak Omar telah berkesempatan membaiki pintu rumah seorang warga asnaf di Kg Titian Bintangor, Lubok China, Rembau yang telah rosak sebelum ini. Terima kasih kepada mereka yang telah menghulurkan sumbangan.

Sejahtera Bersama Islam