PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 18 November 2015

Muslimat PAS Rembau bantu keluarga warga emas, cucu OKU



Puan Masita dan Puan Rusilah pada 17 Nov 2015 telah menziarahi dan menghulurkan sumbangan barangan dapur kepada makcik Kamariah di PPR Senawang di Taman Jasmin. Tinggal bersama makcik Kamariah ialah cucunya yang OKU yang telah berhenti belajar di kelas pendidikan khas kerana tidak mampu untuk membayar kos pengangkutan. Pihak muslimat PAS Rembau akan berusaha mendapatkan bantuan agar cucunya dapat kembali belajar pada tahun 2016 nanti. Mereka yang ingin membantu sila hubungi Puan Rusilah 0193572101. Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam, PAS Kawasan Rembau, No akaun 05012010073347.


Jabatan Amal Rembau bantu keluarga miskin



Sdr Izamri Med pada 17 Nov 2015 telah menziarahi Puan Ramlah di pekan Rembau dan menghulurkan sumbangan makanan. Mempunyai 7 orang anak dan 3 orang cucu yang tinggal bersama. Seorang anaknya bekerja di sebuah kilang di Melaka. Mereka yang ingin menghulurkan bantuan melalui Jabatan Amal Rembau sila hubungi Izamri 0136894223, melalui whatsapp sahaja. Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam, PAS Kawasan Rembau, No akaun 05012010073347.




Selasa, 17 November 2015

Sekolah kampung lebih cemerlang dari sekolah bandar di N.Sembilan



Sekolah kampung lebih cemerlang dari sekolah bandar di N.Sembilan

Lepas ni ramailah ibu bapa akan hantar anak sekolah di kampung, terutamanya di Rembau. Kenapa? Adakah sekolah di bandar banyak masalah sosial? Ibu bapa di bandar macam-macam ragam dengan guru? Nazir terlalu kerap memantau sekolah bandar? Bilangan murid terlalu padat untuk setiap kelas di bandar?

**********************
1,806 calon NS peroleh 5A, 7A

SEREMBAN 17 Nov. 2015 - Seramai 1,806 orang atau 10.5 peratus calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua jenis sekolah di Negeri Sembilan memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A sebagaimana yang diumumkan pada hari ini.

Dalam pencapaian peringkat daerah pula, menunjukkan daerah Rembau, Gred Purata terbaik apabila memperoleh 2.05 berbanding 2.10 pada tahun lalu.

Sementara itu 10 sekolah yang mencapai keputusan cemerlang di Negeri Sembilan adalah SMK Batu Kikir (Model Khas - ada penempatan pelajar sekolah rendah di SMK ini); SK Pulapah (Jempol); SK Kampung Batu (Rembau); SK Seremban 2A; SJK(C) Kg. Baru Gedok; SK Kuala Kepis; SK Puteri; SK Rembang Panas; SJK(T) Ladang Sungai Kelamah dan SK Sungai Dua Kuala Pilah.



Isnin, 16 November 2015

Jabatan Amal Rembau terus berbakti bantu keluarga yang memerlukan



Jabatan Amal Rembau meneruskan program sumbangan membantu keluarga yang memerlukan sekitar Rembau pada 16 November 2015. Sdr Izamri Med selaku Komandan Jabatan Amal Rembau dan Tn Hj Ishak Omar selaku Pengarah PAS DUN Kota telah menghulurkan sumbangan bantuan kepada beberapa keluarga di Kg Batang Nyamor, Rumah Rakyat Astana Raja, Kg Bintongan dan Kg Pulau Besar.





Sabtu, 14 November 2015

Sumbangan daripada mereka yang mampu kepada yang mereka yang kurang berkemampuan

Sdr Izamri Med dan Hj Ishak Hj Omar mengiringi Komuniti Surau dari Seremban menghulurkan sumbangan kepada beberapa keluarga yang memerlukan sekitar Rembau pada 14 Nov 2015.








Kursus Solat musim cuti sekolah di kampung yang tenang, nyaman

Kursus Solat musim cuti sekolah dalam kawasan kampung yang tenang dan nyaman di Rembau. Tempat terhad. Yuran RM20. Hubungi Us Nazri 0196823159


Sabtu, 7 November 2015

Pendaftaran pelajar ke Pasti Ahmadi di Taman Chembong Utama

Pendaftaran pelajar ke Pasti Ahmadi di Taman Chembong Utama, Rembau untuk tahun 2016 kini dibuka



Selasa, 3 November 2015

Gaji bulanan Menteri Besar dan Ketua Menteri



Gaji bulanan Menteri Besar dan Ketua Menteri di setiap negeri seperti berikut:-
Sumber: Enakmen dan Ordinan Anggota-Anggota Pentadbiran dan Dewan Perundangan (Pendapatan) 2010

Sabah = RM 14,300
Kedah = RM 14,175.15
Melaka = RM 14,175.15
Negeri Sembilan = RM 14,175.15
Pahang = RM 14,175.15
Pulau Pinang = RM 14,175.15
Perak = RM 14,175.15
Selangor = RM 14,175.15
Terengganu = RM 14,175.15
Perlis = RM 14,175.15
Johor = RM 13,975.50
Sarawak = RM 13,000
Kelantan = RM10,200