PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 13 Januari 2015

Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin

Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin, Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau untuk tahun 2015 kini dibuka. Sila hubungi Cikgu Anita 019-232 2357

TAWARAN SUMBANGAN PAKEJ SIHAT PASTI




Kedai Runcit Azhar kini menawarkan Pakej Sihat Pasti bertujuan untuk disalurkan bahan makanan kering untuk masakan juadah pelajar Pasti di N.Sembilan untuk membantu Pasti yang mempunyai bilangan pelajar kurang dari 20 orang.

Pakej Sihat Pasti RM50 ini mengandungi beras, bihun, biskut, susu, milo dan teh.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Sdr Azizul 0129740363 di Kedai Runcit Azhar, No 80/224 Jln Selaseh 4, Kg. Sentosa, Paroi, 70400 Seremban.

Ahad, 11 Januari 2015

MAJLIS CERAMAH




MAJLIS CERAMAH
Sempena Sambutan Maulid Nabi
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Hari : Sabtu 17 Januari 2015
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Rayuan Sumbangan Sekolah Tahfiz




Pembinaan Sekolah Tahfiz Al Gontory di Chengkau, Rembau kini sedang giat dijalankan. Diperlukan sekitar RM 15,000 ke RM 20,000 lagi untuk bumbung bangunan dan struktur pembinaan lain. Sumbangan kewangan atau bahan binaan adalah amat dialukan. Mereka yang ingin membantu sila hubungi Ustaz Septiyan 0132646001.

Mereka yang ingin menyumbang sila dapatkan maklumat lanjut di http://tahfizalgontory.blogspot.com

atau salurkan ke akaun Maybank, TARB GONTORY RESOURCES
562843505815

Rabu, 7 Januari 2015

BANJIR DI REMBAU 7 Jan 2015




Kg Semerbok di Rembau dilanda banjir pada Rabu 7 Januari 2015 sekitar jam 5 ptg. Mungkin SKMM boleh siasat kesahihan berita ini.

SAINS akan catu air di Tampin, Rembau



SAINS akan catu air di Tampin, Rembau
7 Jan 2015

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan mengadakan catuan air di daerah Tampin dan Rembau, mulai Isnin ini.

Pengarahnya, Wan Rasdi Wan Ismail, berkata catuan itu akan dilakukan sehingga 30 Januari ini terhadap 14,358 akaun membabitkan seramai 57,432 pengguna.

Katanya, catuan itu perlu dibuat kerana paras air di Empangan Gemencheh, terus mengalami penurunan dengan bacaan semalam 95.4 meter berbanding paras kritikal 95 meter.

"Hujan sebelum ini hanya menaikkan paras air sebanyak satu meter sahaja. Malah, kawasan empangan itu sebenarnya tidak menerima hujan yang banyak berbanding di kawasan lain," katanya selepas melepaskan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di Ibu Pejabat SAINS Seremban 2 di sini, sebentar tadi.

Wan Rasdi berkata, catuan akan dibuat secara bergilir selama 24 jam bagi kedua-dua daerah itu, bermula 10 pagi dan secara keseluruhan, setiap daerah hanya mengalami gangguan bekalan selama lapan hari sahaja kerana catuan tidak dibuat ketika cuti umum dan hujung minggu.

Ahad, 4 Januari 2015

Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin



Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin, Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau untuk tahun 2015 kini dibuka. Sila hubungi Cikgu Anita 019-232 2357